Sunday, September 30, 2012

Surat Buat Penyelaras.

Aslamu 'alaykum y'all.

Since aku dah tak perlu repeat ko-kokurikulum lagi dah. So aku sekarang dah Part 2 Kembara. Yay. Lulus dengan jayanya. Total ada 3. Inshaallah mintak-mintak takde aral lagi dah. Ameen. Anyhow, turns out masuk ko-ko tak boleh simpan janggut. Kena licin. Selicin lantai toilet Sunway Pyramid. So, i was required to write a letter to penyelaras depa.

Nak mintak korang komen lah. Hagak-hagak lepas tak. Agak-agak dapat tak cop : " YE. AWAK BOLEH BEJANGGUT. NAK BERLEBAI DATANG KAWAD PUN TAKPE ". Boleh? Boleh? Boleh laa. Nabi Muhammad SAW kata kann, kita tak sayang diri kita sendiri selagi kita tak sayang orang lain. So, sayangi lah aku. Because aku sayang korang semua. Here it goes.


****


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamu’alaykum tuan/puan/encik/cik,

Permohonan Untuk Menyimpan Janggut

Berdasarkan kenyataan di atas, saya Adie, dari fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, program Degree in Landscape Architecture AP228, ingin menyimpan janggut kerana sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana takutkan Allah. Dan kerana mati itu lebih hampir dengan kita semua berbanding masa yang telah berlalu. Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita semua adalah mati dan yang paling jauh adalah masa lepas.

Di padang mahsyar, akan ada satu barisan berbaris untuk meneguk air daripada telaga Al Kautsar, dan malaikat akan menghalau orang-orang beriman yang sedang berbaris. Dan baginda akan bertanya, “ Kenapa? Sedangkan mereka beriman. “ Dan malaikat akan menjawab, “ Mereka beriman tetapi meninggalkan sunnahmu “.

Saya tidak mahu dahaga selepas saya sudah mati. Biar di dunia ini penuh ujian. Cukup di dunia. Harapan saya supaya akhirat dipermudahkan. Wallahu’alam.

Harapan saya adalah supaya tuan/puan memberikan perlepasan supaya saya tidak perlu mencukur janggut. Kalau bukan kerana Nabi Muhammad, siapalah kita semua hari ini. Tanpa baginda, dan agama yang dibawa baginda, hidup saya, hidup tuan/puan cumalah satu pembaziran masa.

Saya akhiri dengan mohon maaf sekira ada terkias, sengaja atau tak sengaja, lisan atau rohaniah, telah mengguris perasaan tuan/puan. Ameen ya Rabb.

Sekian, jazakallah khayr.

****



Okay dah tu je. Tak reti aku nulis formal ni. Heck, formal itu bukan stail aku. Peraturan manusia. Aku tak pernah faham. Tak ada orang yang bagi aku pemahaman. Macam mana aku nak faham. And, sampai sekarang aku tak faham, kenapa orang besor boleh lalu highway dengan polis guide, bawak lelaju, tolak driver lain ke tepi jalan. No, tak paham. Aku pun nak gak gitu. Kau manusia. Aku pun manusia. Kau Melayu bontot sama hitam jugak. Kau makan sambal belacan gak. Kau minum sirap ais gak. 

Ye aku tahu post aku yang sekian lama ni mengarut. Tapi at least, it's something. Alhamdulillah. Okay lepas baca komen ye. Nak print terus kalau okay.

" Biar amalan kita sikit. Tapi berterusan. " - Zaujah.


Thursday, August 16, 2012

Hello Burma

Assalamualaikum muslimin & muslimats


So harini aku macam PMS sikit. Kejap-kejap nak emo lah ape lah, tak boleh nak salahkan hormon or apa. Maybe sedih kot Ramadhan dah nak sampai hujung. Entah tak tahu dapat tak jumpa lagi Ramadhan depan. Kan kan? Inshaallah ada rezeki boleh lagi beraya for another 30 days. Ada hadith sahih berkata, adalah lebih baik orang yang berjuang pada jalan Allah daripada orang yang berqiammullail di tepi hajaratul aswad. Orang yang pergi berjihad adalah lebih baik daripada orang yang berqiam adalah maksud hadith tu, so, kemampuan aku bukanlah sampai tahap boleh pergi angkat senapang ke apa, aku cuma boleh share sahaja cerita dengan harapan korang semua boleh share kepada kawan-kawan, family, adik beradik and all lah.

---

28 Ramadhan 1433H Khamis, Masjid Sharifah Fatimah, Jitra

Macam biasa lepas solat Mahgrib and stuff, bersiap untuk ke masjid lepas text yang tercinta "selamat bertarawikh". Tapi disebabkan hormon semacam, mata asyik nak meleleh je. Perut pun kemain sakit. Planning lepas solat Isyak nak terus balik. Rehat dekat rumah.

Habis solat Isyak, dah ready nak bangun untuk balik. Tetiba tak dijemput pun, setiausaha masjid tu pergi depan dan cakap yang harini ada seorang daripada err lupa nama group tu. Ha ada la seorang al fadhil ustaz ni nak share apa yang jadi dekat umat Islam currently as he was speaking.

He was given 20 minutes to talk, tapi disebabkan taknak ambil masa makmum lain lama sangat, he only talked for 15 minutes. *Setiausaha masjid berseloroh* hikhik comel. 

cc : merhrom

Intipati :

*all conversations are noted in drafted phone text. So, tak full. I'm just giving you the points*

Jarak antara kota Jitra dengan bandar Rakhine adalah 2318km. Point ustaz tu cakap macam tu adalah kerana, dia boleh drive dari sini terus ke sana. Which mean, kita pun boleh nak ke sana kalau kita nak. Kalau kita cintakan Islam sepertimana kita canangkan.

Arakan adalah nama tempat dimana orang Rohingya ni tinggal. Nama asalnya adalah daripada perkataan arab, Al Arkan. Betulkan aku kalau tersalah dengar. Namun nama tu dah ditukar oleh rejim Burma supaya identiti Islam terkubur. Dan dekat Arakan ni tinggallah satu etnik bernama Rohingya. Dan dekat situ ada dalam 800 000 umat Islam, umat Nabi Muhammad. Kalau nombor salah, betulkan.

Orang Rohingya disana sangat terseksa. Semasa ustaz ni sedang memberi bantuan, dia dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan orang dekat situ. Mereka ni semua dilayan seperti binatang. Since June haritu, dah dua bulan, lebih 20 000 orang Islam disitu dibunuh, dibuang ke dalam longkang, ke dalam sungai, dibakar. Mashaallah. Mayat yang bergelimpangan dimamah anjing kerana diorang buat tak tahu je. Seriously guys, ANJING. Islam dihina oleh satu agama, Buddha, yang sangat menekankan kepentingan keamanan. *geleng*

Dan minggu lepas, semasa kita semua tengah menunaikan solat fardhu Jumaat, which is 10 Ogos lepas, dia mendapat berita 32 orang telah mati kerana kelaparan, kebuluran ketiadaan makanan. Bahkan juga, dah 2 bulan mereka tak boleh nak solat Jumaat. Macam mana nak solat bila 200 masjid yang ada dekat sana dah dibakar. Antara madrasah tertua, 300 tahun pun dibakar. Dan pelajar dibunuh.

" Dulu ethnic cleansing. Sekarang genocide.. " kata Ustaz


Dalam masa dua bulan, 10 000 rumah dibakar dan semua ini disokong oleh tentera dan polis. Penghuni rumah ni semua dihalau ke suatu tempat yang asing bagi mereka. Jadi, tak ada bekalan makanan. Langsung. Ada orang Rahkine Buddha yang menjual beras kepada orang Islam Rohingya, tapi sebenarnya, dalam beras tu mereka dah letak racun end up satu family mati katak.

Salah satu contoh kekejaman yang jadi dekat sana adalah, digambarkan ustaz tu, 'tentera' berseluar pendek, disebelah tangan memegang buluh runcing, sebelah lagi parang panjang, masuk ke dalam rumah dan sembelih seluruh isi rumah. Tentera dan polis yang mengawal tak buat apa-apa kerana setuju dengan tindakan tu.

Myanmar membutakan mata media. Tidak benarkan pemberita untuk masuk dan membuat laporan. Pihak tentera declare kepada pemberita bahawa Arakan as " tidak selamat ". As in right now, lebih 200 000 orang Rohingya yang setelah cuba untuk lari pergi ke negara jiran tetapi tidak diterima berselerak di dalam hutan. Anak-anak kecil tiada pakaian, jadi bapak diorang cuma boleh cover dengan plastik sahaja. Dengan plastik buruk. Sedangkan kita semua pakai jeans. Betapa kita troll umat Muslim kita sendiri.

Wallahualam.

Ada banyak lagi cerita. Tapi yang aku sempat note down ni je. So harapan aku adalah, kalau kita semua tadah tangan minta Allah bantuan supaya kurangkan ujian yang berat tu ke atas diorang, tapi kita tak buat effort langsung, do you think Allah akan bantu kita ?


Sama-sama la kita muhasabah diri kita. Jangan pernah berani kita cakap, hanya sebab kita dah khatam Qur'an, kita dah buat solat tarawikh 20 rakaat, setiap malam berqiam, solat lima waktu cukup, kita dah boleh masuk ke syurga. Sesungguhnya hidup kita atas Bumi ni adalah satu ujian. Dan Allah boleh uji kita dengan apa cara sekalipun. Mungkin Dia uji kita tak boleh nak beli iPhone. Maybe Dia uji kita dengan sengsaranya saudara Islam kita dekat Burma, and what action did we take?

What action have YOU take?

Feeling is A Puzzle Game.

Ain't some random bullshit. Taknak baca takpe. Boleh terus tutup tab.



Okay korang sah dah gila. Tapi tak ape, hujung zaman, ramai orang berilmu (alim) adalah dikatakan gila. So, bersyukur lah. Alhamdulillahh.

Perasaan.
Bila sedih, kita menangis. Tapi ada orang yang tak boleh menangis. Dan orang kata dia hati batu. Padahal dia memang dari kecil diajar untuk berdisiplin tinggi. Tak mudah kecut. Tak mudah terasa hati. Tak mudah jatuh. Sebab tu dia susah nak menangis. Bapak dia nampak je tengah menangis, terus bagi penampar. True story. So, menangis ini agak subjektif. Lain orang, lain sebab.

Perasaan. 
Some people got too excited with stuff. So bila dia rasa something yang buatkan dia rasa best/down/up/ kiri or kanan or apa apa perasaan sekali pun, dia akan bagitau orang. Akan canang cerita dekat semua orang. Mungkin bukan direct. Maybe guna metaphore. Maybe guna kebodohan dia. Maybe guna kepandaian dia. Entah lah, i don't judge. Tapi, by hook or by crook, dia akan cerita dekat orang. 


Perasaan.
Bila tengah marah, hidung kembang kuncut macam babi. Eh sorry kasar, macam khinzir. Bukan saja dekat luar sana, dekat what app, blog, twitter, bbm, kaki, tangan, bontot. Semua tempat dia lepas. Dia lupa ke yang sekuat-kuat manusia, kuat lagi Allah? So buat apa tunjuk hebat kita padahal Allah boleh balas balik apa yang orang dah buat pada kita dengan lagi power and rangers and stuff.

Sesetengah orang. Perasaan diorang akan mendatar. Seperti graf yang tak ada canak naik turun. Sebab dia dah rasa macam macam pengalaman. So bila ada orang kencing dalam kelas, dia tak ketawa. Dia rilek. Bila ada orang peluk Justin Bibir, dia rilek, biarlah, belum dapat hidayat. Hati dia bukan batu. Cuma dia tak rasa yang diri dia ni terlalu tinggi, tak jugak terlalu rendah untuk canangkan perasaan dia pada orang lain. Sedangkan ilmu di dada cuma lah setitik kentut cacing, tak layak. Sangat tak layak. How ever, repitisi, hanya sesetengah orang.


See? Just ain't some random bullshit. Tapi di dalam bullshit, ada kebenaran. 

Thursday, August 9, 2012

The Longest Conversation.

This is some weird ass entry. So go on and listen to some Devendra Banhart.

" The best things in life aren't things. "

The type of season where you don't exactly found the right way to say things.
The type of memory which you kept to yourselves but at the same time you told the others.
The type of feeling of which smile is the longest conversation.

The type of feeling of which smile is the longest conversation. Where a smile ends each other sentences. Where a smile is just enough. Where a smile is considered a painful truth, so that the future could be summon with a better tomorrow.


The kind of day you woke up. You wish, you pray to Allah, you say your grace to Him for giving you the right to breath. The right to breath, to still be alive, and repent. And of course, bundling merit for Yaumul Qiyamaah. And you don't mind of what you did yesterday, because we are living in a dream. A very small, cramped, filthy, and prompt dunia. Where our Prophet has spoken of which ;

" Jarak Dunia dengan Akhirat adalah seperti memejam mata "

So why bother lying to ourselves ?


Told ya, ini adalah entry yang pelik. Tapi sebenarnya tak ada benda yang pelik atas muka bumi ni, yang pelik tu sebab korang tak biasa dengan benda tu. Well, contohnya, semalam masa tarawikh, i ask myself,

" Macam mana lah agaknya baju melayu lengan pendek? "

Imagine kejap. Baju Melayu yang korang selalu tengok orang pakai tu, tapi lengan pendek. Nampak siku bagai. Then pakai sampin. Pakai buat pegi semayang raya. Normal ke? Pelik kan? Jubah lengan pendek kita biasa tengok. Tapi kalau 10 tahun lepas, dah ada orang yang reka baju melayu lengan pendek and menjadikan ianya awesome dengan guna model yang handsome or whatnot, then sekarang ni mesti dah ramai orang yang pakai baju melayu lengan pendek pergi ke masjid. Kan?



" Aku nak bernikah. Aku nak hubungan yang halal "

Yes. Yang ni lagi pelik. Terlalu pelik. Aku yang jenis nak tunggu 40 baru kahwin, tiba-tiba dapat revelation nak nikah awal. Tapi don't worry, Allah dah buat plan dia terbaik yang terbaik. Tak ada yang lagi hebat dari Dia. Bila korang dah jadi arkitek, jangan bongkak cakap, "ni lah design yang paling power aku boleh buat! Haha!"   sebab kalau tanpa belas kasihan Allah, seriously, tanpa sifat Ar Rahman Ar Rahim yang ada pada keEsaan Allah tu, tangan korang yang korang guna buat korek hidung, mencuri, tampar orang, lukis design tu, tak mungkin dapat bergerak. Sesungguhnya i am serious, kalau Allah tak nak bagi kita guna tangan sejak azali kan ; semua orang akan ada tangan. Tapi lembik. Tak bergerak. And tak ada siapa pun boleh tercapai akal nak fikir: apa fungsi organ sebelah kiri kanan aku ni? Siap ada lima bentuk yang timbul? Dan pada setiap satu lima tu ada sekarang cengkerang yang orang panggil kuku. Apa ni? APA NI? APA NI?? 

So, jangan riak, jangan takbur, jangan bongkak. Bukan lisan sahaja. Hati juga. Banyakkan muhasabah diri.

Allah dah banyak bagi hadiah dekat kita. Tak reti nak hargai? Tapi manusia tamak. Dah dapat, nak lagi. Allah kekadang kasi benda yang kita tak mintak pun. Tiba-tiba je dapat. Tapi kita lampi. Susah nak faham. Leka dengan dunia. Lupa dunia ni khayalan je.

So bila Allah bagi akal. Aku fikir. And aku fikir, aku nak bernikah. Dan sesungguhnya aku bersyukur. Aku bersyukur Allah dah bagi aku buah fikiran macam tu. So. Sama-sama lah kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. Bagi orang yang menganggap hari ini adalah lebih teruk daripada kelmarin, maka celaka lah dia tu. Allah bagi korang hidup lagi pun adalah satu rahmat yang sangat besar. So jangan la post dekat facebook/twitter status like ,

" Monday sucks " 
" Harini aku problem banyak gila shial "
" Bila lah esok nak sampai. Letih dah harini ". 

Bongkak. Bongkak gila.

Tapi. Apa kena mengena intro, dengan isi, dengan apa yang aku tulis ni? Ha pandai-pandai lah relatekan. Ambil jernih bla bla bla. Malas nak cakap. Korang dah tahu. Tapi still tak reti bahasa jugak. Buat jugak. Okay, actually aku tulis semua ni nak bagi panjang entry je. Aku nak update Bread & Butter tapi hilang mojo so aku mengarut dekat sini. The only thing aku nak cakap :

The type of feeling of which smile is the longest conversation. Where a smile ends each other sentences. Where a smile is just enough.




" You can't sleep ? "

" Me either "

" Let's can't sleep together "

True story.

Wednesday, August 1, 2012

Hello Syria.

Assalamualaikum muslimin and muslimatss.


So. Terus kepada point. What really happened in Syria ? And why the hell would i write something like this? Tak masuk concept blog ni langsung. Well, bila korang tengok ada budak tengah solat dekat row depan. Korang mesti akan tertanya-tanya.

" Adik ni dah sunat belum? Karang kalau tersentuh makmum lain acane "

Maybe. Adik tu tak tahu yang dia tak boleh solat sekali dengan makmum lain yang semua dah bersunat, dah berbulu, ape semua bagai tu. So dah jadi tanggungjawab kita untuk tegur adik tu.

" Adik dah potong belum bawah nuh? Sebab kalau belum tak boleh tau solat sini. Tapi mengikut hadis. Tak abang pun taktau hadith sahih ke daif ke apa. Kalau budak kecik dah masuk saf awal dari abang. So tak boleh nak alih dah. So duduk lah kau kat sini. Ke kau ade beljar pasal hadith? Ada pergi madrasah agama menuntu dengan sheikh? Tak kan kalau belum khatan ade kotor eww eww bawah tu? Tak ke? Kalau tau takpe.  "

" Ah ye ke bang. Saye tatau pun. Abah tak cakap. Abah suh ikut semayang je. "

My point is, bila orang tak tahu. Kadang-kadang orang suka buat assumption sendiri. Actually bagus je, boleh merangsang kreativiti. Tapi the thing is, bila benda tu korang duk ikut, sampai orang lain tegur pun korang still percaya benda tu tak betul, memang salah korang lah kan? Rendam ego tu dalam-dalam bila orang bagi nasihat. Jangan terus nak baham. Cerna dulu.


So, what really happened in Syria?

28 Julai 2012 / 9 Ramadhan. Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah.

Macam biasa. Lepas solat Maghrib, bersiap untuk pergi tarawikh dekat masjid sama. Tapi kali ni, berimamkan imam lain. Imam dari Syria. And we thought bila imam dari negara sana mestilah semua bacaan best kan. Tapi well biasa je. Sampai budak-budak dekat row belakang menganjing Al Fatihah dia. Can't blame them, diorang budak-budak. Korang baik sangat ke dulu?

I only did 8. Lepas tu undur buat solat lain dekat belakang. Rasanya diorang stop at 12.

" Eh ni apehal kejap sangat habis ni? " innocent je aku. *mulut ternganga*

" Harini kita beruntung. Dapat berimamkan seorang pensyarah dari Syria. Dia akan memberi sedikit tazkirah. Kemudian menceritakan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang ni " seorang pakcik tua pakai vest cakap.

Intipati tazkirah selama sejam :

Allah beri kita keselesaan yang teramat-amat banyak. Terlampau banyak. Even Nabi Muhammad dulu pun tak ada solat dalam air-cond. Nak kemana-mana tak ada Proton Saga. Nak berdakwah takde internet. So kita semua perlu bersyukur. Syukur syukur untuk segalanya. Alhamdulillah.

- his tazkirah and talk become very minimum sebab kena translate. So tak banyak. Mashaallah.

Is this Dajjal? 

Intipati what happened in Syria :

For 50 years. The country was ruled by a government yang sangat komunis, sekular dan sentiasa menindas rakyat sendiri. Apa jadi dekat Malaysia sekarang ni kentut je nak dibandingkan dekat sana. Suasana dekat sana buat orang Islam jadi sangat-sangat tertekan. The thing is. Presiden Syria tak boleh nak buat keputusan ; tak boleh nak keluarkan suara. Dia dimanipulasi oleh muka-muka Barat. 

Pemerintah tentera akan menindas sesiapa sahaja yang bercakap tentang Islam ataupun kebenaran. I'm talking about, kalau ada orang cakap. " This is wrong! You can't do this " Ha lepas tu mati lah kena tembak, tak pun kena humban penjara. Contohnya. Ada seorang lelaki dihumbam ke dalam penjara selama 30 tahun kerana memberi pembetulan. In that 30 years. Beribu-ribu orang Islam dibunuh dan beratus ribu dikurung. Ini kerana bila ada orang yang membantah, bukan dia seorang je yang kena libas, satu keturunan kena. His mak ayah, makcik pakcik, anak cucu, kawan member jiran sekali. And diorang tak akan dapat kerja untuk kerajaan. Eh sounds like the same happened in Malaysia. ??



And for once in a while akan ada budak-budak kecil yang merintih, conteng dekat dinding. Complaining how their system sucks. And then akan datang perisik kerajaan yang akan tendang, cucuh dengan rokok and those stuff dan humban dalam penjara. Bila ibu bapa datang nak claim balik anak diorang ni, of course la diorang taknak bagi. So bila ada rusuhan, askar akan datang and just shoot them all. Allah!

As we are speaking merupakan masa kebangkitan rakyat Syria. Hari-hari mereka keluar rumah berprotes. Tetapi askar akan just tembak terus sesiapa yang keluar dari rumah. Hence, beratus-ratus orang mati setiap hari di setiap lembah negara tu.

Pada Ramadhan tahun lepas, semasa tengah ramai-ramai berjamaah buat solat tarawikh and stuff, askar datang dan kepung. Pecahkan tingkap masjid, pecahkan itu ini and all. Mereka bakar Al Quran dan pukul imam sampai hampir mati. Apabila pemberita datang, the media force him to say that it is not the army who did all that. But, dia cakap askar jugak. Berani kerana benar, takut hanya untuk Allah. Right?

Well since diorang sekarang dah start guna heavy artillery untuk lawan askar-askar tu, 1 per 4 Syrian dah lari ke negara-negara lain (Turki, Lubnan). Askar just serang semua orang. Came with the plane and start bombing houses and stuff. Tangkap orang sesuka hati, merogol pun sesuka hati. As  how we said it, pemerintah yang tengah pegang Syria sekarang ni adalah orang yang bersalah sebab biar je saudara seIslam mati katak, and sokong zionis. Dan pelarian yang lari ke negara-negara jiran, tinggal dalam khemah yang sangat sangat sempit.



So. Apa conclusion kita boleh buat dekat sini ?

Nombor satu, jangan tabur cerita sana sini kalau kita tak tahu. Fitnah hukumnya sama berat dengan membunuh. Korang nak membunuh? Tahu dosa membunuh tu besar mana? The act of ambil nyawa orang lain. Just lain kali study dulu sebelum cakap apa apa. Then kalau tak tahu, duk diam-diam. Rileks.

Nombor dua. Okay aku taknak cakap yang aku bias sokong biru ke hijau ke tapi, tolong la bersyukur dengan apa yang korang ada. Korang boleh lagi nak drive malam-malam pergi mamak tengok bola dengan member, tu pun dah kira nikmat tahu? Dah ada logo kemerdekaan, okay memang la buruk and ada unsur politik, tapi better dari tak ada. Biarlah kerajaan nak buat, ada dia suruh kita lekat atas dahi? Tak kan? That guy cipta IPhone. Dia ada cakap, korang semua kena beli. Kena guna. Tak kan? Diorang tak paksa. Korang yang nak sangat beli.


Jangan terlalu fikirkan benda yang korang tak ada or tak dapat. Fikir juga benda yang korang dah ada.



Ar-Raafi'

The Exalter, The Elevator, The One who lowers whoever He willed by His Destruction and raises whoever He willed by His Endowment.

Monday, July 23, 2012

My Perfect 8 plus 1




Click here if you have concern about your religion.

Assalamualaikum and Selamat Menyambut Ramadhan

Tak cukup dengan takut sebarnya ajaran Islam Syiah, Jesus is also coming into town. Be very careful people. Dengan siapa korang bergaul. Dengan siapa korang berkawan. Ingat pesan mak, " Jangan duk sembang sangat dengan orang tak kenal. " Right? Read Qur'an. Berkawan lah dengan orang yang mendekatkan diri korang dengan Islam. Selalu pergi jemaah dekat masjid. Buat member dengan tok imam. Pergi ceramah agama. Who knows? Dekat situ boleh jumpa jodoh kan. Eheh.

Hence the introduction. As the title goes. This is just a daily rant. A very simple one. A very heart-worth one. A short one. A long one. Who cares. One thing. Dah jawab salam atas tu? Kalau belum, jawablah.

A friend of mine ask me once, (edited)

" Kenapa taknak perempuan yang muslimah gitu ? "


I answer,

" Aku tak cari yang muslimah. Aku cari yang nak aku bimbing dia. "


Seriously. Tak ada orang sempurna. Walau-bagai-mana sekali pun, mesti ada jugak cacat cela tang memana. Kalau ada orang tu kata dia sempurna, well he must be Firaun. Sedangkan shaitan pun terkencing dengar Firaun mengaku Tuhan.

" Tak takut Allah ke brade? Gua pun takut. Kalo tak takde nak hasut korang ni. Perintah Beliau der. " kata shaitan dalam imaginasi aku.

So who are you to be Firaun?

So, i don't really mind if she doesn't really know much about agama and all. As long dia letak ego dia jauh-jauh and ready untuk belajar something yang baru. Well, aku pun bukan reti sangat pun. Alif ba ta pun tersekat-sekat lagi. Inshaallah ada rezeki, boleh improve lagi. So, kalau dia nak improve bersama-sama aku. Ain't that awesome?

halaal


Subhanallah. Subhanallah.

Well. Like i said. There's not much to say. Aku pun dah jadi tak reti nak menulis blog ni. Aku reti update status je lebih. Daripada korang baca menatang ni baik korang berzikir ke apa kan. Harini hari Isnin dalam kalendar laptop aku. Not sure tempat korang hari apa. Or tarikh apa.

Zikir Isnin : La hawla wala quwwata illa billah 'ali ul 'azeem (1000x)

Tak dapat buat seribu. 10 kali pun dah cukup. Tapi alang-alang dah buat sepuluh. Gandakan lah jadi 20. Eh macam sikit je. 50 lah. See? Tak susah pun. Tak perlu tengok berapa banyak steps kena ambil, just take the first step. Inshaallah.

Aku dah start mengarut. Tapi bagi korang yang still baca. The perfect 10 minus 1 reduce my ego to 9 which lead me to think, it's okay to be imperfect. It's okay to lead an imperfect life. Dan tak apa kalau ada bidadari yang tak sempurna selagi dia sempurnakan aku.

I wanna hear the sound my future wife made walking around in telekung. Comel.

Perfect 8 plus 1 leaves me another box to fill because eventually, Allah always be number one. Tak kira cinta mana sekali pun korang dengan orang tu, she or he could never be your 10. Allah is 10. Allah 'Azza wa Jalla. The extra one to complete my half of deen. The extra one for me to take all her father's responsibilities and on my shoulder. The extra one for me to be one to protect, service, love her. The extra one for me to help her to get into Jannah. The Garden. Inshaallah.

Aku tak kisah kalau dia cuma 8. Aku bersyukur kalau dia 9. Aku takut kalau dia 10.


Al-Musawwir

The Fashioner, The One who forms His creatures in different pictures.


cc:tumblr drcinta




If the person made u scare of Allah, love Allah, remind of death, all at the same time,
reminds you the reward of Jannah. Marry her.

Thursday, July 19, 2012

Pious Devotion.

Assa la mu alaykum



If you google the phrase " pious devotion ", you guys mungkin akan jumpa article Catholic. Kan? But no aku bukan tulis entry ni untuk menelagah sesama kita, not at all. I believe in Allah and all His work ada hikmah dia. Even aku menulis sekarang ni, even aku rasa macam tak ada motif, tapi ada hikmah dia. Oh right, dah jawab salam dekat atas tu? Nampak pelik? Well try tengok Inspira dengan Lancer. Tang mana beza dia?

*googlegoogle*

How often do you guys google, bila someone use the word yang korang tak tahu, or cakap pasal something yang korang tak pernah tahu : right away? And how often do you say to yourselves, " Eh amende ni. Penting sangat ke. Sat sat gi lah aku check. " I don't blame people for choosing google, over cikgu,or tok imam or other sources out there. Google sangat bagus and yeah, awesome. Tak tahu je, terus dah tahu. Tak reti je, terus dah reti. Tapi kan. Jangan terlalu percaya pada google. Because there are nobody there to correct you. Bila dah google, jumpa jawapan, you are just too sure of that answer. Tak kisah dah nak tahu pandangan orang lain. Betul ke ape aku tengok ni? Betul ke benda ni jadi?

Last week on the way nak pergi ambil makcik-makcik dekat Bandardarul Aman, Jitra, radio Kedah ada buat satu talk islamic. Aku tak dengar sangat pun. Actually aku tak faham. Tapi ada satu part aku ingat

" ..walau apa sekalipun, menuntut ilmu biarlah berguru.. "


Well. Tak bermakna korang kena cepat-cepat pergi Makkah mengaji dengan sheikh dekat sana sebab nak berguru lah kan. Tak perlu over sampai macam tu. Kawan korang kan ada? Korang boleh berguru dengan kawan korang. Tanya dia ni, tanya dia tu, and korang boleh buat keputusan sendiri. Tak kisah la member korang cakap buang tebiat ke duk nanye soalan random-random ni. Asalkan korang tahu. Bukan tahu yang babi buta. Tapi tahu dan faham. The more you know, the more you should understand.


Apa kena mengena tajuk aku dengan apa yang aku tulis ni? I have no idea. Tips blogging #2 : Use tajuk entry yang menarik perhatian. And then kena lah tulis something yang berkaitan dengan tajuk tu. Kalau tajuk pasal pai epal, tapi tulis cara pasang tiub tayar memang nak makan lempeng ikut hidung lah. Sans if you can main-main dengan ayat, like i did, tajuk entah apa-apa tapi ada makna. Kan? Ramai orang buat entry macam ni yang aku perasanlah. Tajuk lain, cerita lain. Some time kan, people just want us to listen. So, listen.






Talking about devotion. It has been a month.
Even we have no relation at all. No string. No promises yet.
I just feel like.
I have a devotion to her. Promises I need to fulfill.
A past already been forgotten. A future ready to be written. 
A lie in all of the truth. A true lie. 


Subhanallah. May Allah grace us with His forgiveness. 
Semoga Allah redha dengan perbuatan kita. Bukan mendatangkan kemurkaan. Inshaallah.



An-Noor

The Light, The One who guides.

Thursday, July 12, 2012

Puitis Baju Kurung Biru.




 Ø³ْÙ…ِ  Ø§Ù„لهِ  Ø§Ù„رَّØ­ْمنِ  Ø§Ù„رَّØ­ِÙŠْÙ…







You're walking into a room full of people wearing proper attire.
Right now, all you're hoping is that there is someone else,
wearing the same pyjama as you are.

Just so you won't be walking in there alone.

Or the same blue kurung.

Sometime.
There's an answer to a question which doesn't even exist.
When both are able to answer them ; metaphorically.
That's the truth. InshaAllah.

Al 'Aleem

The All-knowing, The Knowledgeable; The One nothing is absent from His knowledge.

cc : fb

A husband said to his wife - ".. 50,000 years before the sky was introduced to the sea, Allah Azza Wajjal wrote your name next to me .."


Wednesday, June 27, 2012

WW : Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamualaikum.

cc: a page from Facebook. Thankyou.

Words on image :

" Facebook. Qur'an.
Which one do you open more? "

Aku tak rasa ini salah. Tapi kalau korang memang sibuk. Sangat sibuk. Makan pun 4 hari sekali. Then i guess korang boleh guna alternatif download mp3 surah-surah Al-Qur'an. Nonetheless. If you got the time to log in to your fesbuk. Check notifications, add requested friend, komen status orang, post status korang, tengok page member korang. Then i just don't see a reason kenapa tak boleh spend 5 minit untuk baca satu page surah. Setiap hari. I just don't.

Except, korang tak ada Qur'an. Tapi, apa gunanya surau? Kat sana kan ada. Or did you not go to masjid? Do often do you do jamaah? Do you even pray? Are you a muslim? Do you know Al-Fatihah? How well do you know Al-Fatihah? Point aku. Ada banyak soalan atas dunia ni yang korang kena jawab. Problem nak kena settle. Tapi kalau problem yang paling senang nak settlekan, e.g : solat, then what's even the point of answering others.

Double meaning quote :

 " Sampah kalau ditolak masuk bawah karpet, sampah tu still ada.
Cuma kita tak nampak je. " - UglyM.

Sunday, March 11, 2012

Johnny My New Friend.

Hello guys

Jackass will never be the same

Dah agak lama aku tak buka Ugly Mirror. Aku hairan, dulu biasanya time aku post benda je mesti baru orang buka blog aku. Sekarang ni siap ada follower lagi walaupun lama tak hapdet. So, thank you very much la kepada yang sanggup follow blog shitty aku ni. Sejak ada Bread & Butter aku jarang dah buka blog yang ni. Update apetah lagi. Tapi harini aku dapat nawaitu nak update. Bread tu pun aku dah macam tak ada idea nak tulis apa. Harapkan co-writer aku je buat entry. Lepastu aku buat reply. Cool apa. Takyah fikir memanjang nak buat entry pasal apa. Actually kekadang tu ada je entry lalu dalam kepala. Tapi problem nya, dia pakai lalu je. Tak stop pun. Tak bagi can dekat aku nak ingat. Maybe aku kena letak lampu merah kot nanti.

Malam ni malam first week aku dekat UiTM dan assignment dah sampai. 3 bijik. 2 dah settle. Tinggal lagi satu. Satu lagi, lebih kurang macam semester lepas punya dan aku macam tak reti sangat nak buat. Tapi macam yang aku selalu cakap dekat diri sendiri, semua baby start berjalan dengan merangkak. So lepas buat layout macam mana nak buat semua, kira dah siap 40% lah, aku tumpang rumah member tidur. Tak larat la nak balik rumah. Dah lewat. Kaki sakit. Futsal 2jam haritu. Dasat dasat.

Tengah aku best layan facebook. Dah lama tak buka facebook. Siap baca entry baru Bread lagi. Macam sial. Best gila. Jealous kejap. Tetiba aku nampak ada benda terbang masuk dari tingkap betul-betul depan kaki aku. Cuak habis. Dalam hati tak habis-habis harap bukan lipas. Okay, aku takut lipas. Musuh nombor satu aku. Dulu masa aku kecik aku tak takut lipas. Siap boleh buat main lagi. Gelap lagi lah aku tak takut. Selalu dulu kalau tidur lewat, kakak aku suruh teman dia turun bawah pergi dapur. Dia nak kumpul lemak lagi. Dengan muka sombong aku lead depan dia. Muka dia risau habis. Lepas buka lampu. Check siling atas bawah kiri kanan semua clear. Baru dia gerak pergi peti ais ambil aiskrim lima tong buat supply tengok ulangan Akademi Fantasia. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Nasik dah menjadik bubur.


Okay sambung balik cerita tadi. Perlahan-lahan aku letak laptop tepi katil. Turunkan dari peha. Ha ni lagi satu. Korang pun tau kan, tak baik letak laptop atas peha ni, boleh kanser naya korang. Ni pun aku dah alih letak atas bantal. So tolong jangan buat benda macam ni dekat rumah. Dewasa je. Then aku pun usha la. Angkat dahu sikit. Dia menyorok dekat tepi tilam. Boleh nampak misai dia gerak-gerak. Cis. Engkau rupanya. Jom panggil dia Johnny. Aku pusing kepala kiri kanan. Cari spray Ridsect ke, selipar ke apa. Boleh bunuh puas hati ni. Tapi haram, bilik ni memang safety habis. Tak membahayakan langsung. Nak keluar tak berani. Johnny lepak dekat hujung kaki tilam. Tepi tilam tu pintu. Aku trap dengan Johnny. Best gilaaaa. *Mata berguling*

Lepas takut-takutkan dia dengan silat petala tujuh benua aku yang tah apa-apa dan jeritan batin dia terus lari menyorok. Ha tau takut eh kau. Aku terus buka Ugly Mirror. Decide untuk buat entry spesial untuk Johnny. Johnny my New Friend.

Sorry sebab ni bukan entry lovey dovey buwekk muek. Ni cuma cerita pasal Johnny the Lipas. Dia spoil malam aku. Spoil je aku nak usha blog orang. Tengok profile Facebook orang. Study Land Survey. Spoil aku nak usha gambar maknyah dekat Tagged. Spoil aku nak tengok Running Man. Spoiler betul. By the way, korang takut lipas?


Jangan lupa, drop sekali idea untuk next entry.

Tuesday, January 31, 2012

Intro : Bread and Butter.

Hello everyone


Start from harini, aku akan move semua entry "Story" dalam blog baru dan co-write dengan zaitishaari. Orang yang ajar aku pasal blog. Orang yang paksa aku buat twitter sebab dia suka makan kebab or something like that. So blog ni tak serabut sangat dengan request and all. Dalam pada masa yang sama, dapat eratkan hubungan blogpal dengan dia. Oh skemanya aku.

No, blog ni bukan pasal resipi buat kek ataupun rhubarb strawberry pie. You know how you should not judge a book by it's cover kan? So try singgah dan baca then korang sendiri boleh decide blog tu pasal apa. Adil kan saya? Eww.

Kenapa nak kena buat sampai dua blog?

Well, aku bosan. That's why. Aku tak sangka yang aku boleh tak suka cuti. Cuti semester yang bosan. Aku rindu nak sentiasa sibuk dengan kerja, tak tidur siang malam buat research, lepak dengan member studiomate cakap pasal pokok. Yeah you heard me right, kami sembang pasal pokok. No, aku bukan nak jadi botanist. Besides, i love writing shitty words.

Do support this new blog. You can start your support by clicking this link.


Monday, January 30, 2012

That Biggest Mistakes : Study.

Hello oppa unnie hyung dan seangkatan.

meet, The Geeks in The Pink

Rasanya macam laju je 2011 pergi. Dulu masa aku Form 1. Takpun 2. Nahh, who gives a shit right? Dulu masa kecil aku selalu rasa macam nanti bila aku dah umur 18 hingga 20, mesti life aku best gila. Bebas gila. Boleh main game siang malam. Tengok AJL preparation pagi petang. Makan suka hati. Boleh lepak tengok bola dekat mamak dengan kawan-kawan setiap hujung minggu. But as the orang kafir selalu cakap, God works in a mysterious way. Aku tak rasa macam remaja pun. Tak rasa happy-huh-huf-hum selalu. Selalunya, kepala mesti pening. Nak kena fikir benda tu, benda ni. Nak kena buat benda tu, benda ni. Oh duniawi.

Little did i know, tiba-tiba je dah 2012. Tiba-tiba duit keluar masuk aku nak kena manage. Tiba-tiba aku dah tak boleh nak ponteng kelas. Tiba-tiba aku jadi rajin(ehem). Tiba-tiba kalau aku tak shave seminggu misai bukan main lebat. Ketiak? Well. Lelaki yang macho mesti kena ada ciri-ciri lelaki kan. Anyway. Back to my main point of this entry. Someone-someone cakap dekat aku :


" Belajar rajin-rajin bukan dapat jadi Agong pun. "

And. It made me laugh. Of course 'no' you stupid anjing. Nak jadi Agong aku kena la jadi anak Sultan. Lagipun buat apa aku nak jadi Agong. Aku tak nak jadi Agong. Aku nak buat apa yang mak ayah aku suruh je. Diorang suruh aku belajar rajin. Tak ke lelaki tak kira sebelum dan selepas nikah, always and selalu-lalu wajib taat kepada kedua ibu-bapanya? Oh you're a moron. Kalau perempuan lain kira la. Lepas dah nikah then suami cakap :

" No woman. You kena duk rumah jaga anak. Biar la you bongok camane pun. "

Then dia wajib ikut cakap suami dia. *Le me right? Tapi aku dah lari tajuk. No dude, aku memang nak belajar rajin. Kalau korang tak nak belajar macam aku then that's alright. Aku tak cakap aku betul, tak cakap kau salah pun. Sebab korang memang genius. Tak perlu belek buku siang malam pagi buta dapat score kaw-kaw confirm. Well, kalau korang belajar untuk setakat dapat A then tak apa la. Tapi aku memang nak belajar. Memang nak tahu. Korang pun mesti ada rasa macam apa yang korang belajar sekarang ni bullshit kan. Korang belajar law, habistu dulu yang perah otak hafal Probability Distribution gila apa kan? Korang Band 5 MUET, ambil BEL lagi time degree. What the carrot eh? Tak boleh ke sebelum diorang wajibkan korang ambil course tu, diorang buat terus exam. Check siapa yang memang still kureng English ni. Then tak perlu la nak habiskan masa pergi ke kelas yang memang korang taknak pergi. Macam mengajar tukang masak memasak. Buang masa.



" Kau skema sial. "

Oh yes. Memang aku skema. Skema sebab nak result best. Skema sebab nak dapat kerja best. Bini best. Siapa tak nak kan? Oh lupa. Aku ada tiga fasa. Kecik dulu skema gila. Then buas gila. Sekarang skema balik tapi skema berpatutan. Skema yang ikut timing. Dah ada homework kena la buat. Bila buat tu, kena la buat dengan excellent. Biarlah markah tak excellent mana sangat pun. At least kerja siap, puas hati. Puas hati sebab dapat buat benda yang korang tak pernah percaya korang boleh buat.

Korang dapat satu assignment yang susah gila khinzir, lecturer pula tak tolong, semua nak kena buat research sendiri. Ha ni sejak SOPA buat hal ni, mana nak cari wikipedia lagi kalau bukan library kan? Well, apa kata korang tanya je lecturer korang tu. Diorang bukan buat apa sangat pun time working hour 8-5(macam la aku tahu apa diorang buat). Korang sendiri pun tak tahu apa nak tanya? Lagi senang. Tanya la lecturer korang tu apa yang patut korang tanya. Apa yang patut korang tahu. Apa yang patut korang buat. Diorang jual mahal then kipas-kipas la sikit. Tak susah pun. Ego korang tu saja yang tinggi. Well, ego is just a biatch loser. So fuck her.

Yes you are, indeed

Actually ada banyak lagi tapi ni je yang aku ingat setakat ni. Nanti bila ingat,aku tulis dalam handphone, then aku buat entry sambungan. Dan sebenarnya bukan aku yang dengar pun. Orang cerita dekat aku. Takpun aku buat muka tak malu pasang telinga. Takpun aku memang betul-betul kena. Takpun aku sendiri yang cakap. You'll never know(haha).

Azam 2012? Aku tak pernah terfikir pasal azam dah sejak... lama dah. Bodoh kalau kita cuma pasang azam for something really big only once every year. Kenapa tak ambil buku nota kecil, tulis azam-azam yang korang terfikirkan setiap hari. Tak perlu a big super miraculous azam pun tak apa. Takat : "Harini aku nak start buka Ugly Mirror setiap hari kalau boleh" .. pun dah kira okay apa? Kbai.

Monday, January 23, 2012

Story : Love is Suffocating.



Jam dekat dinding dah nak dekat 11 malam. Memang dah lewat. Lewat untuk drive straight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi nak buat macam mana. Kerja kena buat. Duit kena cari. Tak ada term 5-D. "Duduk Diam-Diam Dapat Duit". That's just bullshit.

Faris taruk baju dia dalam backpack kecil laju-laju. Tak lah kecil mana. Muat dua tiga helai baju. Dengan briefcase yang dia simpan barang kerja. Lepas zip, Faris tekan handphone. Dia ambil satu hela. Perlahan dia lepas. Menongkat dekat tepi tingkap. Dia tengok ibu bandar Kota Bharu yang sudah maju. Lain. Banyak yang dah berubah. Anak muda pun lain. Daring. Dia tarik sebatang dari kotak rokok yang dah berkeronyok. Terus dia nyalakan. Gagang di talian sudah ada yang jawab.


" I dah nak balik ni. Apa-apa U call nombor ni. "

" ... "

" Pasal shipment barang nanti dah confirm I call U. Okay ? "

" Okay. Em Faris. I'm sorry. "

Ika balas.


Hari yang sama. 7.45 malam - Ika.

Ika baru siap solat Maghrib. Dia berjalan ke bilik Ibu. Pintu bilik dia tolak sedikit. Nak tengok Ibu tengah buat apa. Ibu pun masih dekat atas sejadah. Berdoa panjang. Ika bawa sikat sekali. Perlahan dia duduk dekat tepi Ibu. Ibu tak berpaling pun. Dia terus khusyuk berdoa. Khusyuk bersyukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lepas siap berdoa, Ibu lipat sikit hujung sejadah. Dia nak lintangkan kaki. Lenguh. Ibu terus ambil sikat dari tangan Ika yang sibuk membelek buku-buku agama yang dah berhabuk. Dia belai rambut Ika. Kedutan tangan Ibu dapat Ika rasa pada embun kepalanya.

" Ika nak pergi jumpa Faris sekejap lagi. Nak pergi bayar. "

" Yelah. " Muka Ibu serious. Mata tajam dekat kepala sambil sikat. Macam nak bedah orang.

" Dekat Pengkalan Chepa kot. Boleh bagi si Faris tu try satay. Ibu tidur la dulu nanti. Tak payah tunggu orang. Orang bawak kunci sekali nanti. Ubat jangan lupa makan. Air yang Faris bagi tu pun ja... "

Ibu terus mencelah. Dia letak sikat.

" Ha dah dah. Kamu pergi. Ibu tau la bila nak makan ubat semua. Kamu tak payah nak mengajar aku. Faris tu nak kena drive lagi. Kesian dia nanti. Kirimkan salam Ibu dekat dia. "


7.30 malam - Faris.

Faris tak habis-habis tengok jam. Dia genggam tangan sikit. Dapat rasa peluh atas tapak tangan. Dia terus ke bilik air. Ambil wudu'. Ready nak solat Maghrib. Bilik air motel tu sangat simple. Teringat Faris rumah lama dia dekat Kota Kemuning dulu. Alhamdulillah sekarang dah tak lagi. Dia hidup selesa. Dia still hidup. Sebab tu, Alhamdulillah.

Lepas solat, dia tak buang masa. Dia takut nak buang masa. Pakai jeans hitam dengan kemeja petak-petak Monster. Sembur minyak wangi sikit. Sikat rambut sambil bersiul lagu Monoloque "Jika Aku Seorang Robot". Mata dia tiba-tiba liar. Mana tah dia taruk Marlboro tadi. Dia pergi dekat tilam. Angkat bantal satu-satu. Mati nak kena keluar lagi RM10. Dah la nanti nak keluar makan.

Tepi tingkap penjuru bilik tu ada kerusi. Tepi kerusi tu ada meja kecil. Dengan ashtray. Berasap lagi pun. Faris tersenyum kambing. Dia seluk tangan bawah bantal kerusi tu. Kotak rokok ada. Dah berkeronyok.


Bila Faris sampai dekat kereta. Jam dah nak dekat pukul 7.45. Dia terus pecut melalui Dusun Muda. Faris tahu shortcut. Tak payah nak tunggu lampu sana sini. Dia biasa jumpa client dekat Pengkalan Chepa dulu. Tepat 7.59 malam sampai Satay Malaysia. Kiri kanan dia tengok. Tak nampak batang hidung si dia pun.

" Duduk dululah. " bisik Faris sesorang.

Faris angkat tangan. Nak order terus. Tak nak buang masa.

" Teh ais satu. Satay ada? "

" Ado bey. "

" Ho. Ejah ayam sepuluh. Daging sepuluh. "

Faris naik risau. Maybe Ika bukan macam apa yang dia rasa. Maybe Ika dah ada yang punya.
Maybe Ika tak suka dia. Dan Ika tak nak datang jumpa dia. Maybe.

" Tak apalah. Kalau dia tak datang pun. At least aku dapat makan satay malam ni. "


8.15 malam - Faris.

Tak sempat nak tarik keluar rokok. Handphone Faris berbunyi. Butang 'open' Faris tekan. Ika dah sampai. Dalam kepulan asap satay yang dibakar. Faris nampak bayang seseorang.


8.10 malam - Ika.

Satay Malaysia tak jauh pun. Jalan nak ke airport. Tak jam pun. Tapi Ika janji pukul 8 tadi. Nanti nak kena buat U-turn lagi. Harap-harap la Faris belum sampai. Tak mau Ika layan Faris teruk last day dia dekat sini. Lagipun, Faris dah tolong Ibu. Tak payah nak habis berpuluh ribu buat operation.

Lepas parking, Ika jalan laju-laju. Sebelum parking tadi dia dah SMS Faris. Dia dah sampai. Entah. Faris tak reply pun.

Sebelah kiosk satay. Sebelah kepulan asap. Ika nampak Faris. Dia tersenyum sambil melihat ke handphone. Ika ikut senyum. Ika tarik kerusi. Duduk depan Faris. Tak sempat dia nak sapa Faris, peon datang mintak order. Dia jeling atas meja. Ada Teh ais. Tak ada makanan lagi.


" Teh O beng so deh adik. Satay ayam sepuluh. Daging sepuluh. "

" Roti? "

" Takpo lah. "

" Assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam " Faris jawab.

Ika budget time. Dekat sini kalau order satay, dalam setengah jam baru sampai. Lagi-lagi hari ni hujung minggu. Full house. Dia tarik kerusi dekat sebelah dekat sikit. Letak handbag. Lusuh. Dah bertahun dia guna handbag tu.

" Sorry lambat. Jalan jam sikit tadi. Senang cari jalan? " Ika tipu sunat. Sedapkan hati.

" Tak apa. Biasa la tu time macam ni. "

Ika tarik purse dari dalam handbag. Faris perasan. Dia matikan rokok. Keluarkan buku nota kecil dari dalam bag hitam. Membelek laju. Cari nota. Berapa Ika kena bayar.

" Eh terlupa. Makan satay je okay tak? " tanya Ika.

" Okay je. "

Faris gelak kecil sesorang.