Sunday, September 30, 2012

Surat Buat Penyelaras.

Aslamu 'alaykum y'all.

Since aku dah tak perlu repeat ko-kokurikulum lagi dah. So aku sekarang dah Part 2 Kembara. Yay. Lulus dengan jayanya. Total ada 3. Inshaallah mintak-mintak takde aral lagi dah. Ameen. Anyhow, turns out masuk ko-ko tak boleh simpan janggut. Kena licin. Selicin lantai toilet Sunway Pyramid. So, i was required to write a letter to penyelaras depa.

Nak mintak korang komen lah. Hagak-hagak lepas tak. Agak-agak dapat tak cop : " YE. AWAK BOLEH BEJANGGUT. NAK BERLEBAI DATANG KAWAD PUN TAKPE ". Boleh? Boleh? Boleh laa. Nabi Muhammad SAW kata kann, kita tak sayang diri kita sendiri selagi kita tak sayang orang lain. So, sayangi lah aku. Because aku sayang korang semua. Here it goes.


****


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamu’alaykum tuan/puan/encik/cik,

Permohonan Untuk Menyimpan Janggut

Berdasarkan kenyataan di atas, saya Adie, dari fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, program Degree in Landscape Architecture AP228, ingin menyimpan janggut kerana sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana takutkan Allah. Dan kerana mati itu lebih hampir dengan kita semua berbanding masa yang telah berlalu. Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita semua adalah mati dan yang paling jauh adalah masa lepas.

Di padang mahsyar, akan ada satu barisan berbaris untuk meneguk air daripada telaga Al Kautsar, dan malaikat akan menghalau orang-orang beriman yang sedang berbaris. Dan baginda akan bertanya, “ Kenapa? Sedangkan mereka beriman. “ Dan malaikat akan menjawab, “ Mereka beriman tetapi meninggalkan sunnahmu “.

Saya tidak mahu dahaga selepas saya sudah mati. Biar di dunia ini penuh ujian. Cukup di dunia. Harapan saya supaya akhirat dipermudahkan. Wallahu’alam.

Harapan saya adalah supaya tuan/puan memberikan perlepasan supaya saya tidak perlu mencukur janggut. Kalau bukan kerana Nabi Muhammad, siapalah kita semua hari ini. Tanpa baginda, dan agama yang dibawa baginda, hidup saya, hidup tuan/puan cumalah satu pembaziran masa.

Saya akhiri dengan mohon maaf sekira ada terkias, sengaja atau tak sengaja, lisan atau rohaniah, telah mengguris perasaan tuan/puan. Ameen ya Rabb.

Sekian, jazakallah khayr.

****



Okay dah tu je. Tak reti aku nulis formal ni. Heck, formal itu bukan stail aku. Peraturan manusia. Aku tak pernah faham. Tak ada orang yang bagi aku pemahaman. Macam mana aku nak faham. And, sampai sekarang aku tak faham, kenapa orang besor boleh lalu highway dengan polis guide, bawak lelaju, tolak driver lain ke tepi jalan. No, tak paham. Aku pun nak gak gitu. Kau manusia. Aku pun manusia. Kau Melayu bontot sama hitam jugak. Kau makan sambal belacan gak. Kau minum sirap ais gak. 

Ye aku tahu post aku yang sekian lama ni mengarut. Tapi at least, it's something. Alhamdulillah. Okay lepas baca komen ye. Nak print terus kalau okay.

" Biar amalan kita sikit. Tapi berterusan. " - Zaujah.


2 comments:

  1. okay lepas ni dengan penyelaras skali simpan janggut. hahah

    ReplyDelete
  2. ok dah tu. cubalah hantar

    ReplyDelete