Wednesday, August 1, 2012

Hello Syria.

Assalamualaikum muslimin and muslimatss.


So. Terus kepada point. What really happened in Syria ? And why the hell would i write something like this? Tak masuk concept blog ni langsung. Well, bila korang tengok ada budak tengah solat dekat row depan. Korang mesti akan tertanya-tanya.

" Adik ni dah sunat belum? Karang kalau tersentuh makmum lain acane "

Maybe. Adik tu tak tahu yang dia tak boleh solat sekali dengan makmum lain yang semua dah bersunat, dah berbulu, ape semua bagai tu. So dah jadi tanggungjawab kita untuk tegur adik tu.

" Adik dah potong belum bawah nuh? Sebab kalau belum tak boleh tau solat sini. Tapi mengikut hadis. Tak abang pun taktau hadith sahih ke daif ke apa. Kalau budak kecik dah masuk saf awal dari abang. So tak boleh nak alih dah. So duduk lah kau kat sini. Ke kau ade beljar pasal hadith? Ada pergi madrasah agama menuntu dengan sheikh? Tak kan kalau belum khatan ade kotor eww eww bawah tu? Tak ke? Kalau tau takpe.  "

" Ah ye ke bang. Saye tatau pun. Abah tak cakap. Abah suh ikut semayang je. "

My point is, bila orang tak tahu. Kadang-kadang orang suka buat assumption sendiri. Actually bagus je, boleh merangsang kreativiti. Tapi the thing is, bila benda tu korang duk ikut, sampai orang lain tegur pun korang still percaya benda tu tak betul, memang salah korang lah kan? Rendam ego tu dalam-dalam bila orang bagi nasihat. Jangan terus nak baham. Cerna dulu.


So, what really happened in Syria?

28 Julai 2012 / 9 Ramadhan. Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, Kedah.

Macam biasa. Lepas solat Maghrib, bersiap untuk pergi tarawikh dekat masjid sama. Tapi kali ni, berimamkan imam lain. Imam dari Syria. And we thought bila imam dari negara sana mestilah semua bacaan best kan. Tapi well biasa je. Sampai budak-budak dekat row belakang menganjing Al Fatihah dia. Can't blame them, diorang budak-budak. Korang baik sangat ke dulu?

I only did 8. Lepas tu undur buat solat lain dekat belakang. Rasanya diorang stop at 12.

" Eh ni apehal kejap sangat habis ni? " innocent je aku. *mulut ternganga*

" Harini kita beruntung. Dapat berimamkan seorang pensyarah dari Syria. Dia akan memberi sedikit tazkirah. Kemudian menceritakan apa yang sedang berlaku di Syria sekarang ni " seorang pakcik tua pakai vest cakap.

Intipati tazkirah selama sejam :

Allah beri kita keselesaan yang teramat-amat banyak. Terlampau banyak. Even Nabi Muhammad dulu pun tak ada solat dalam air-cond. Nak kemana-mana tak ada Proton Saga. Nak berdakwah takde internet. So kita semua perlu bersyukur. Syukur syukur untuk segalanya. Alhamdulillah.

- his tazkirah and talk become very minimum sebab kena translate. So tak banyak. Mashaallah.

Is this Dajjal? 

Intipati what happened in Syria :

For 50 years. The country was ruled by a government yang sangat komunis, sekular dan sentiasa menindas rakyat sendiri. Apa jadi dekat Malaysia sekarang ni kentut je nak dibandingkan dekat sana. Suasana dekat sana buat orang Islam jadi sangat-sangat tertekan. The thing is. Presiden Syria tak boleh nak buat keputusan ; tak boleh nak keluarkan suara. Dia dimanipulasi oleh muka-muka Barat. 

Pemerintah tentera akan menindas sesiapa sahaja yang bercakap tentang Islam ataupun kebenaran. I'm talking about, kalau ada orang cakap. " This is wrong! You can't do this " Ha lepas tu mati lah kena tembak, tak pun kena humban penjara. Contohnya. Ada seorang lelaki dihumbam ke dalam penjara selama 30 tahun kerana memberi pembetulan. In that 30 years. Beribu-ribu orang Islam dibunuh dan beratus ribu dikurung. Ini kerana bila ada orang yang membantah, bukan dia seorang je yang kena libas, satu keturunan kena. His mak ayah, makcik pakcik, anak cucu, kawan member jiran sekali. And diorang tak akan dapat kerja untuk kerajaan. Eh sounds like the same happened in Malaysia. ??



And for once in a while akan ada budak-budak kecil yang merintih, conteng dekat dinding. Complaining how their system sucks. And then akan datang perisik kerajaan yang akan tendang, cucuh dengan rokok and those stuff dan humban dalam penjara. Bila ibu bapa datang nak claim balik anak diorang ni, of course la diorang taknak bagi. So bila ada rusuhan, askar akan datang and just shoot them all. Allah!

As we are speaking merupakan masa kebangkitan rakyat Syria. Hari-hari mereka keluar rumah berprotes. Tetapi askar akan just tembak terus sesiapa yang keluar dari rumah. Hence, beratus-ratus orang mati setiap hari di setiap lembah negara tu.

Pada Ramadhan tahun lepas, semasa tengah ramai-ramai berjamaah buat solat tarawikh and stuff, askar datang dan kepung. Pecahkan tingkap masjid, pecahkan itu ini and all. Mereka bakar Al Quran dan pukul imam sampai hampir mati. Apabila pemberita datang, the media force him to say that it is not the army who did all that. But, dia cakap askar jugak. Berani kerana benar, takut hanya untuk Allah. Right?

Well since diorang sekarang dah start guna heavy artillery untuk lawan askar-askar tu, 1 per 4 Syrian dah lari ke negara-negara lain (Turki, Lubnan). Askar just serang semua orang. Came with the plane and start bombing houses and stuff. Tangkap orang sesuka hati, merogol pun sesuka hati. As  how we said it, pemerintah yang tengah pegang Syria sekarang ni adalah orang yang bersalah sebab biar je saudara seIslam mati katak, and sokong zionis. Dan pelarian yang lari ke negara-negara jiran, tinggal dalam khemah yang sangat sangat sempit.



So. Apa conclusion kita boleh buat dekat sini ?

Nombor satu, jangan tabur cerita sana sini kalau kita tak tahu. Fitnah hukumnya sama berat dengan membunuh. Korang nak membunuh? Tahu dosa membunuh tu besar mana? The act of ambil nyawa orang lain. Just lain kali study dulu sebelum cakap apa apa. Then kalau tak tahu, duk diam-diam. Rileks.

Nombor dua. Okay aku taknak cakap yang aku bias sokong biru ke hijau ke tapi, tolong la bersyukur dengan apa yang korang ada. Korang boleh lagi nak drive malam-malam pergi mamak tengok bola dengan member, tu pun dah kira nikmat tahu? Dah ada logo kemerdekaan, okay memang la buruk and ada unsur politik, tapi better dari tak ada. Biarlah kerajaan nak buat, ada dia suruh kita lekat atas dahi? Tak kan? That guy cipta IPhone. Dia ada cakap, korang semua kena beli. Kena guna. Tak kan? Diorang tak paksa. Korang yang nak sangat beli.


Jangan terlalu fikirkan benda yang korang tak ada or tak dapat. Fikir juga benda yang korang dah ada.



Ar-Raafi'

The Exalter, The Elevator, The One who lowers whoever He willed by His Destruction and raises whoever He willed by His Endowment.

9 comments:

  1. i din know budak yg belum sunat xleh solat skali ngn makmum lain. ok.

    anywho, great sharing! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://berita-harian-online.com/panduan-saf-kanak-kanak-berdasarkan-kepada-hadis-hadis/

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. http://misznina17.blogspot.com/2011/08/putus-saf-solat.html

      Delete
    4. farz. budak kecik boleh nak solat sekali dgn makmum lain.

      i was just trolling around.
      haha thnks. suka avatar. haha.

      Delete
  2. salam, sepanjang pembacaan ak,dan pemahaman ak drpd org2 syria, serta booth2 yg dyorg buat , ini sbnarnya perang saudara.
    Antara Syiah dan Sunni. Puak Syiah tlh mnghalalkan darah org2 Sunni dan apa yg jadi skrg ni adalah lebih kurang mcm penghapusan etnik (mcm di Burma)
    Sila like page Fb 'Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria' utk mklumat terkini dn lebih jelas dan benar ~

    ReplyDelete
  3. Rasa macam dengar konflik Syiah tu. Egtkan pasal tu je. Xtau pulak pasal ni. Btw, nice sharing.

    ReplyDelete
  4. sape kate budak belum sunat x boleh satu saf dengan org dewasa?
    bagi dalil sikit!!
    tak pun cuba baca nie

    http://berita-harian-online.com/panduan-saf-kanak-kanak-berdasarkan-kepada-hadis-hadis/

    ReplyDelete
    Replies
    1. rileks. aku tak cakap pun tak boleh. kalau die dtg awal boleh je. tapi budak kecil duduk belakang org dewasa. ada dalam hadis kan?

      Delete