Sunday, September 11, 2011

Orientation Week is Like Cigarette.

Hello students

Welcome to college life

Dah agak lama aku tak tulis entry baru. Ada dua sebab. Satu , aku malas. Dua , aku malas (haha). Lagipun dah agak lama orang tak minta aku buat entry pasal apa apa topik yang menarik , sebab dulu bila orang suruh aku buat entry aku akan terus buat tanpa timbal dulu kualiti tajuk entry tu , so bila aku dah siap tulis dan publish and baca semula aku rasa macam apa yang aku tulis adalah a-waste-of-time-reading-material dan kerana tu la ada banyak post yang di-antara korang minta aku buat dulu dah masuk draft. Then aku decide untuk tapis dan cuma tulis perkara yang lebih bullshit dari sebelum ni. InsyaAllah.

Memandangkan tajuk pasal orientation week bukanlah satu cerita yang basi dan salah seorang member aku demand aku buat entry pasal orientation week kitorang dekat UiTM so untuk memuaskan hati dia aku buat la. Lagipun aku tengok ramai yang tak faham fungsi minggu orientasi ni dan fight habis habisan untuk menyusahkan abang/kakak senior yang susah payah tolong diorang tu semua. Bagai melepaskan anjing yang tersepit , kita bagi bunga dia balas tahi. Ohsyemm i like.

First day minggu orientasi , dah agak kabur dalam memori aku sebab bilik hostel aku sangat panas. Berpeluh peluh time nak tidur. Risau , tak cukup tinggi iman ke bro ? Tak la , sebab memang panas la , housemate aku 24jam ber-boxer je kesana kemari. Tapi kalau tak silap aku mula dengan taklimat ringan dekat dewan. Bla bla bla... memang bosan. So aku malas nak cerita. Tapi 70% minggu orientasi adalah taklimat , then apa yang aku nak cerita ? Aku tak mahu cerita benda yang bosan dan benda yang korang semua dah tahu. Seriously , korang dah tahu nak guna Blackberry tiba tiba ada mamat poyo datang dengan BB baru start sembang pasal service BBm pula , tak ke bosan kita nak kena layan. Tak layan nanti cop biadap pula. Senyum dan angguk adalah cara yang betul guys.

Punctuality

Nak bergerak ke dataran untuk berkumpul kena lari , nak pergi solat berjemaah dekat surau kena lari , nak pergi makan dekat dewan makan kena lari , nak pergi kencing pun kena lari. Semua tu arahan daripada senior. Cuba imagine 300 student nak naik tangga yang sempit sambil berlari. Kalau ada yang jatuh terhantuk kepala dekat bucu tangga tak ke dah jadi case. At least bagi la kitorang naik tangga dulu lepas tu kalau nak lari pakai tapak tangan pun boleh. Sebenarnya , diorang cuba terapkan sikap menepati masa dalam diri siswa/siswi yang baru nak mula hidup dekat kolej. Well , dah la bebas nak hidup macam mana pun , nak tidur lewat pun mak tak bising. So kalau sikap tu tak terap awal awal memang tak sampai second semester dah kena dismiss la sebab tak pergi lecture especially yang sesi pagi. Girls memang aku tak risau , tapi lelaki bangun awal ? Oh man , first week semangat lagi la , dah masuk minggu kedua baju pun dah tak tuck-in , lecture pagi kira cancel , masuk yang petang je.


Appreciation and Rezillion

Korang semua mesti pernah kena marah dengan abang senior all the time kan ? Buat salah sikit kena sound gila gila punya. Kadang kadang tu yang buat silap bukan korang pun tapi still kena juga sound , boleh pula time senior bagi ayat yang panas macam , " Korang semua ni tahi. " memang terasa headshot la sebab dah la korang belajar susah susah nak masuk universiti bagus macam tu tapi kena cop macam orang yang tak pergi sekolah. Secara automatik rasa marah start membara dalam hati. Letak arang , tuang minyak tanah , nyala mancis , rabak terbakar hati nak bagi penampar dekat senior.

Tapi dalam marah tu rasa tak macam ada something yang perlu korang prove kepada senior yang korang bukan la seperti apa yang diorang claim ; seorang pelajar yang bodoh , tak reti nak hargai perasaan orang lain , bongkak dan sombong. Ke korang rasa lagi down dan terus tak mahu belajar ? Oh my , then korang kena pergi kaunseling la sebab self-esteem rendah sangat. Jangan jadi terlalu dayus sebab senior cuma mahukan korang sentiasa excel dalam study. Tak kira GPA korang macam longkang ke , korang still kena berusaha untuk result yang lebih bagus. Orang yang bijak adalah orang yang reti nak bangun balik bila jatuh.


Teamwork

Cheers. Setiap kolej ada cheers masing masing , sebab nak buat sangat senang. Tepuk tangan buat soundtrack , then menjerit ramai ramai puji diri sendiri dan kolej masing masing. Sekali tengok memang macam budak terencat , tak ada kerja pagi petang malam menjerit sana sini. Dah la sakit tekak , buang masa , letih lagi. Kan ? Tapi keseronokan bila group korang perform dengan awesome adalah satu perasaan yang seperti ombak di persisiran pantai , adrenalin laju memintas double line dalam badan dan terasa bangga sebab dapat tunjuk yang kolej korang adalah yang paling best sekali dalam satu universiti.

Korang tahu tak nanti bila dah habis orientasi dan courses masing masing bermula then assignment start datang mencurah dengan laju , larat ke nak buat semua tu seorang diri ? Kalau tak ada member yang tolong buat sekali memang setahun pun tak akan siap. Sebab korang kan pemalas , last minute baru nak buat. Sebab tu la kerjasama tu penting , walaupun abang/kakak senior tak ada bagitahu yang tu la sebab cheers ni dibuat tapi korang kan semua dah besar panjang. Takkan benda macam tu pun nak kena eja kan. Tak ada teamwork , time ketua bagi arahan untuk cheers , aku bet dia sorang je yang akan menjerit dekat depan. Yang lain sibuk dengan handphone , sembang pasal lunch petang tadi , usha cikaro(girls) hot dalam hall. For the next 3 years or so , korang akan tinggal dekat tempat tu bersama sama. Tak ada kerjasama then tak ada la tolak ansur. Time makan kat cafe tak reti nak beratur , guna washing machine sambil lewa tak kisah langsung member lain yang nak guna juga. Macam abang senior yang jaga kolej aku selalu sangat cakap ,

" Tolong jangan makan darah member. "

Walaupun aku kacak tapi aku bukan Edward Cullen ; aku tak hisap darah orang. At least campur la air gula letak laici ke dua tiga biji baru ada selera nak minum. Kalau macam tu la cara korang define apa yang abang senior aku tu cakap then korang tak layak masuk universiti , packing bag balik sekolah menengah buka Sehijau Warna Daun semula.



Discipline ( Bull-Devlin)

Sejak sekolah menengah , student lelaki semua imagine yang hidup dekat universiti sangat best dan awesome sebab bebas nak buat apa saja berbanding dengan di sekolah dulu. Nak pakai baju ketat , seluar koyak , topi cap buaya pun boleh. Well , girls kan sekarang ni lagi ramai daripada lelaki so kalau empat slot tu tak dipenuhkan memang something wrong la dengan lelaki tu. Best la poligami , tiap malam boleh main cabutan bertuah siapa yang dapat dulu. AFmasuk kan ? Ala girls juga yang minat AF ni , tak ada orang lain dah. Memang la boleh berpakaian bebas , tapi korang tak baca ke peraturan kampus yang devlin semua tu ? Aku tak cakap pun korang tak boleh nak pakai , pakai je la cawat dekat luar pun , asalkan tak kantoi.

Sama macam meniru dekat sekolah dulu , cikgu aku sendiri ada cakap meniru dekat sekolah tak salah. Asalkan kita tetapkan niat dalam hati yang kita sebenarnya bukan meniru tapi cuma menyalin jawapan kawan. Laaa , jawapan kawan tu la yang dulu cikgu ajar semua orang dekat papan hitam kan ? Habistu kalau kita cuma salin je , apa pula salah kat situ kan ? Tapi walau pun benda tu tak salah bagi korang tapi salah bagi orang lain , then benda tu tetap akan salah tak kira nawaitu korang macam mana sekalipun. Yang penting , jangan kantoi.

Panjang aku mengarut. First week of orientation , semua pelajar baru kena formal hampir 24jam. Kadang kadang tu ada yang tak sempat nak tukar baju sebab esok pagi kena bangun awal terus landing dengan kasut sekali. Datang universiti plan nak impress siswi siswi yang gedik dengan rambut jambul , spike berkilat , T shirt purple flashy dengan kasut gergasi Jozan. Tapi , tak sampai hari kedua , kepala dah botak , baju formal ataupun berkolar , seluar slack , time senam pagi kaki seluar kena masukkan dalam stokin sekali (nerd gila). Mana tak malu weh bila aweks lalu tengok korang pakai macam loser camtu. Well guys , girls yang tengok lelaki berpakaian kemas dan anggap korang loser adalah girls yang high-mainteinance-BITCH dan dah terlalu moden. Korang dah hot , kalau berkawan bukan dengan budak band , anak dato' baru ada class kan ? Korang gedik.

Guys , girls tengok korang berpakaian kemas camtu baru la radar-mencari-calon-suami diorang bertindak. Bukan macam lelaki , asal nampak girls ramai je , mata tak berkelip pun sebab nak tengok muka satu satu. *duhh* Memang la girls suka sebab kekemasan adalah very hott. So tolong stop bitching around pasal kena pakai baju formal la apa la. Semua tu untuk kebaikan korang gak. Aku cakap macam confident je tapi sebenarnya aku lagi teruk (haha).


Bagi korang yang dah biasa baca blog aku mesti fed-up aku tak kutuk sangat orientasi ni. Ada sebab aku tak kutuk , bukan sebab aku dah tak suka kutuk-mengutuk ni. Aku still lagi suka tapi bagi aku personally satu minggu yang dah dikhaskan untuk korang tu adalah sangat bermanfaat. Memang rugi kalau korang buat sombong dengan senior , ego tinggi tak mahu ikut cakap diorang. Macam member blogger aku ada tulis dalam status dia ,
" ...I just tasted a pinch of hell for the whole week... ".

Kalau apa yang senior tu buat dekat korang menyebabkan korang dalam kesusahan yang teramat , then imagine la macam mana korang akan rasa nanti bila dah tak ada yang nak tolong guide korang nanti. Bersusah susah dahulu , senang lenang kemudian. Korang tahu tak yang orang sukar untuk stop tabiat buruk diorang not until something bad happen. Bila dah kena baru kalut nak menyesal apa bagai. So , daripada korang buat mistake yang tah apa apa semua tu , senior korang bagi korang rasa susah awal awal lagi. Dan sebab tu la korang yang sepatutnya cakap terima kasih dekat diorang.


Orientation week is like smoking cigarette , at first you hate it then after a while you'll like it and got used to it. And when you quit , you'll miss it.

2 comments:

  1. a speech from the heart is never to be ignored. :) aku memang suka cara penyampaian kau yang bersahaja walaupun ada carut2 tapi i don't really take it seriously sebab kelakar pun ada, and point tu sampai di hati. thanks sebab hiburkan aku.

    ReplyDelete
  2. ADIE. ta boleh blah bila ko cakap ' radar-mencari-calon-suami diorang bertindak' . sumpah lawaaaaak doe!

    ReplyDelete