Thursday, September 1, 2011

Typical First Impression.



Hai

Amplifier " Santanu " gitar elektrik aku dah lama gila tak sentuh. Sebenarnya bukan aku punya , abang aku punya tapi dia tinggalkan dalam bilik aku dekat Kota Bharu so automatically jadi hak milik aku la. Dah dekat 2 bulan aku plan nak tulis lagu metal untuk Otaku , tapi entah apa yang sibuk dengan jadual sampai nak spend 2 jam dengan gitar pun dah tak sempat. Online facebook apa bagai sempat pulak kan ? Perenggan pertama memang tempat aku buat mengarut tahi.

Aku sejak dulu lagi tak suka sangat nak ambil tahu hal orang lain , well sebab korang semua pun tahu kan apa kerja seorang kawan ? Bawa problem. Angkut sana sini harapkan orang lain untuk settle-kan untuk dia. Well , no thank you. Tapi satu je masalah , aku tak boleh tengok orang ada problem sebab aku mesti rasa macam nak tolong. Kalau aku tak sempat , aku tolong dalam hati pun kira jadi la. Doa pun satu bentuk pertolongan juga kan ? Bila aku tak ambil tahu hal orang lain , aku ingatkan orang lain pun sama la. Tapi tak, lagi aku tak mahu ambil tahu lagi la dia nak bleach asshole orang lain. Sebab tu la first impression penting. Hell , member aku yang tak pernah pergi Jepun , cakap bahasa Jepun dua tiga rangkap pun orang dah anggap sebagai Nihon-jin (orang Jepun).


Speech

Rose terpaksa pergi ke blind date yang telah diset-up kan oleh girls dia sebab terlalu lama single.

" Hai awak , nama saya Rose. Rosnah. "

" Oh. Hai juga. Aku John. Johnny The Lalat. "

" Err okay. Awak asal mana ? "

" Rumah aku belakang ni je. Kau sibuk ni kenapa. Nak masuk meminang ke ? "

Rose terus kembung muka. Marah. Sebab dia dah salah tegur lelaki. Dia pergi tegur seorang playboy yang guna aku-kau.

Guna aku-kau adalah kasar ? Kenapa pula perkataan aku dengan saya tu berlainan? Dua dua ada maksud yang sama kan. So , what's the big deal. Dan kenapa penggunaan saya-awak tu tak pondan ? Sebab orang dah diracun dengan cara penggunaan dan bukan maksud perkataan. Well , perkataan " gampang " korang tahu apa maksud sebenar dia ? Berdasarkan wiki , gampang berasal dari bahasa Indonesia yang bermaksud mudah ataupun senang. Tapi kita gunakan gampang untuk perkara lain. But , nobody gives a shit pasal maksud perkataan tu selagi diterima dalam masyarakat. Kan ? Hanya kerana orang tu cakap kasar sedikit tak bermakna diri dia adalah seorang yang jahat ataupun tak reti nak respect orang lain. Cakap babi pun dah jadi kontro , kesian Lisa tau.

Ada orang yang selesa berbual guna babi-celaka-jahanam-puki dan carutan lain lain. Ada orang yang selesa guna saya-awak yang korang rasa pondan tu. Tapi tu tak bermakna apa apa. Kita tak boleh judge orang dengan cara percakapan dia , sebab that is steuupid. Kalau member kita suka speaking mana boleh terus cop dia anak Mat Salleh , anak Lord. Dia mungkin dah diajar oleh ibu bapa dia untuk menggunakan bahasa Inggeris sejak kecil lagi , so agak susah la dia nak guna bahasa Melayu. Kalau korang still having the first impression yang dia gila berlagak sombong bongkak nak guna English dengan member sendiri , then apa kata korang ajar dia bahasa Melayu. Habistu , takkan nak salahkan parent dia. Ibu bapa dia yang salah sebab pentingkan pendidikan dan masa depan anak dia ?


Physique

Aku pernah kenal seorang girl yang dari luar nampak sihat tubuh badan , dah la cun gila. Memang ramai la yang gilakan dia. Cantik , comel dan pandai. Lethal combinations. Tapi , tak ramai yang tahu dia sebenarnya ada diabetes. Penyakit yang membunuh. Tapi ada yang lebih menyakitkan dia , bila orang puji dia pandai jaga tubuh badan dan body figure yang slim dan menarik. Padahal dia nak makan memang kena jaga , insulin level and all that shit. Tak ada siapa yang tahu , dan bila orang dah assume yang dia seorang hottie yang slim , teka la apa yang orang nampak bila tahu yang dia sebenarnya ada penyakit ?

Kurus gemuk pendek tinggi tu semua kurniaan Tuhan. Well , kalau tak jaga pemakanan pakai ngap je semua suka hati , mana tak gemuk girls. Nak makan banyak boleh , asalkan bersenam. Naik turun tangga 30 minit pun dah kira bersenam. Tak payah tunggu nak siap pakai stokin kasut apa bagai turun padang ber-aerobik baru dikira sebagai bersenam. Body dah gemuk , pemalas pula tu , memang tak dapat nak nolong la den.


Facial & Clothes

Dulu masa aku kecil , mak aku ada cakap " Jangan kawan dengan orang yang jahat ". Sebenarnya ada betulnya apa yang dia cakap tu , sebab dengan siapa kita berkawan hari ini lah dapat tentukan macam mana kita esok hari. People change. Bukan hari ni , esok lusa siapa tahu. Tapi macam mana aku nak tahu dia tu jahat ataupun baik kalau kenal pun tak. Takkan sebab muka dia ada parut ala ala Crow Zero terus assume yang dia tu kaki pukul , samseng jalanan. Memang tak adil kalau kita buat macam tu. Setakat pakai baju hitam lambang Freemason tak bermakna dia tu pengikut Freemason. Maybe design baju tu cun sampai tergerak hati nak pakai pergi lepak. Aku sendiri ada baju yang terus terang troll Playstation. Baju tu aku beli dekat Bandung yang tertulis PeleSetan dengan lambang Playstation. Tak ada orang tegur , sebab aku tak pakai bila pergi jumpa dengan orang tua.

Orang kata , masuk kandang ayam kita berkokok , masuk kandang kambing kita mengembek , tapi kalau masuk kandang babi nak buat apa ? Yang pergi masuk kandang babi tu siapa suruh. Bila korang dah pergi lepak dengan kumpulan yang minat lagu metal , tak pelik kalau diorang sentiasa berpakaian gelap , berseluar jean ketat yang ada rantai sangkut dekat belt line. Kita tak ada hak nak cakap yang dia tu kafir sebab buat semua tu. Even dalam page Facebook Ustad Azhar Idrus pun ada gambar dia dengan seorang brother berambut afro berbaju ketat dan seluar jeans koyak tepi pantai. Aku tengok dekat komen ada yang cakap memacam dekat dia. Listen , kalau betul orang yang komen tu kenal siapa dia in real life then tak apa sebab memang that is the truth , tapi kalau korang tak kenal dan terus sebar cerita memacam macam tu tak ke fitnah namanya ? Dosa yang lebih besar daripada dosa membunuh.

First impression : SEXXAYY mommy.

Writing Style

Sebenarnya , there is a study of style of writing in determining a person's personality and behavior. Of course, aku dah lupa sebab aku belajar untuk guna dalam real life dan bukan setakat nak lepas exam je. So aku lagi cenderung untuk tahu maksud sebenar daripada definisi yang susah nak faham tu. Korang ? Tapi aku rasa study tu tak cakap kalau orang tu suka mencarut dalam penulisan dia , dia adalah seorang perogol. Sebab frankly , semua orang mencarut. Macam mana tak mencarut , tulis babi iaitu binatang pink tu pun dikira carut , belum kira fuck lagi. Yang ni aku malas aku nak bagitahu maksud.

Orang yang mencarut dalam penulisan bukanlah orang yang jahat dan tidak sopan , that kind of assumption always have me thinking about balls-dipping-vag. Sebab terlalu cetek. Member aku cakap , pemikiran dalam gelas Teh O Ais , dalam lecak , dalam pasir jerlus , dalam lumpur. Terlalu kecil skop korang tu. Sebab ada orang yang rasa cara untuk state point diorang lebih dramatik dan berkesan bila diorang guna kata kata carutan. Well , dah la bunyi best , maksud pun lagi best , siapa tak suka guna kan. Sama juga macam anak Lord dekat point Speech di atas. What works the best , do that.


Aku tengok negative first impression lebih banyak daripada any positive one , which makes me sad. Sebab tu la aku tak suka jugde orang berdasarkan first impression. Muka buruk sikit cakap orang asli. Tak tegur cakap sombong. Semua benda macam ni memang dah biasa dalam hidup kita sampai bila kita buat pun , tak perasan yang sebenarnya judging people adalah sesuatu yang asbstrak dan subjektif. Walau pun contoh yang Matluthfi bagi dalam vlog dia mengenai Jugdmental tak banyak , tapi he clearly state the point bahawa judging people dah memang ada dalam diri masing masing. Walaupun sedikit. Orang Melayu pemalas , orang Cina suka menipu , orang India bodoh. Why should things be like that ? Bukan Tuhan dah cipta masing masing berlainan ke ? So why should we streotyping poeple hanya sebab gender , race , ethnic dan personaliti dia.

Diversity in Life

Abang aku pernah pesan dekat aku , " Kau nak buat apa apa pun , pastikan benda tu bila orang tengok akan terus cakap Okay dan bukan , budak ni bodoh bengap tak ada kerja ". Sebenarnya dia cuma mahu menganjing orang yang suka judge people. Sama macam polis masa Bersih 2.0 (dan Patriot) dulu , that's not who they are. It's just what they do. Dah dapat arahan untuk pergi pukul orang yang buat kacau tengah jalan, terpaksa la buat. I'm not saying they really did those horrible things but , korang ingat diorang balik rumah gelak gembira dapat belasah orang Malaysia yang senegara ?

Kita memang tak dapat nak elak untuk buat kesilapan ; judging people , tetapi kita boleh cuba untuk tidak melakukannya. Salah sekali bukan salah selamanya. Well , Quran sendiri pun ada menyatakan ,

God will not not change those who are not willing to change themselves.

5 comments:

  1. hari tu bukan dah ade ke? setuju, kenapa nak kene stereotpying kan semua orang? kalau dah kenal rapat tu boleh la kita tunjuk mana salah mana betul.

    ReplyDelete
  2. aku mengaku aku judge orang dari first impression. hahah

    ReplyDelete
  3. first impression tu penting. haha.

    tipulah kalau kita tgk orang tapi nothing in our mind kan. cuma kena switch kepada positive. tahts all.

    btw, best. :)

    ReplyDelete
  4. waahhh...bgus2..
    tp, fitrah n lumrah mnusia neyh mmg suka nk judge2 peole...aq termasuk dlm glongan neyh la...first impression is...aq dh lpa la idioms tuh...

    ReplyDelete
  5. gunner : First impressions are the most lasting phrase. kan ?

    ReplyDelete