Tuesday, January 31, 2012

Intro : Bread and Butter.

Hello everyone


Start from harini, aku akan move semua entry "Story" dalam blog baru dan co-write dengan zaitishaari. Orang yang ajar aku pasal blog. Orang yang paksa aku buat twitter sebab dia suka makan kebab or something like that. So blog ni tak serabut sangat dengan request and all. Dalam pada masa yang sama, dapat eratkan hubungan blogpal dengan dia. Oh skemanya aku.

No, blog ni bukan pasal resipi buat kek ataupun rhubarb strawberry pie. You know how you should not judge a book by it's cover kan? So try singgah dan baca then korang sendiri boleh decide blog tu pasal apa. Adil kan saya? Eww.

Kenapa nak kena buat sampai dua blog?

Well, aku bosan. That's why. Aku tak sangka yang aku boleh tak suka cuti. Cuti semester yang bosan. Aku rindu nak sentiasa sibuk dengan kerja, tak tidur siang malam buat research, lepak dengan member studiomate cakap pasal pokok. Yeah you heard me right, kami sembang pasal pokok. No, aku bukan nak jadi botanist. Besides, i love writing shitty words.

Do support this new blog. You can start your support by clicking this link.


Monday, January 30, 2012

That Biggest Mistakes : Study.

Hello oppa unnie hyung dan seangkatan.

meet, The Geeks in The Pink

Rasanya macam laju je 2011 pergi. Dulu masa aku Form 1. Takpun 2. Nahh, who gives a shit right? Dulu masa kecil aku selalu rasa macam nanti bila aku dah umur 18 hingga 20, mesti life aku best gila. Bebas gila. Boleh main game siang malam. Tengok AJL preparation pagi petang. Makan suka hati. Boleh lepak tengok bola dekat mamak dengan kawan-kawan setiap hujung minggu. But as the orang kafir selalu cakap, God works in a mysterious way. Aku tak rasa macam remaja pun. Tak rasa happy-huh-huf-hum selalu. Selalunya, kepala mesti pening. Nak kena fikir benda tu, benda ni. Nak kena buat benda tu, benda ni. Oh duniawi.

Little did i know, tiba-tiba je dah 2012. Tiba-tiba duit keluar masuk aku nak kena manage. Tiba-tiba aku dah tak boleh nak ponteng kelas. Tiba-tiba aku jadi rajin(ehem). Tiba-tiba kalau aku tak shave seminggu misai bukan main lebat. Ketiak? Well. Lelaki yang macho mesti kena ada ciri-ciri lelaki kan. Anyway. Back to my main point of this entry. Someone-someone cakap dekat aku :


" Belajar rajin-rajin bukan dapat jadi Agong pun. "

And. It made me laugh. Of course 'no' you stupid anjing. Nak jadi Agong aku kena la jadi anak Sultan. Lagipun buat apa aku nak jadi Agong. Aku tak nak jadi Agong. Aku nak buat apa yang mak ayah aku suruh je. Diorang suruh aku belajar rajin. Tak ke lelaki tak kira sebelum dan selepas nikah, always and selalu-lalu wajib taat kepada kedua ibu-bapanya? Oh you're a moron. Kalau perempuan lain kira la. Lepas dah nikah then suami cakap :

" No woman. You kena duk rumah jaga anak. Biar la you bongok camane pun. "

Then dia wajib ikut cakap suami dia. *Le me right? Tapi aku dah lari tajuk. No dude, aku memang nak belajar rajin. Kalau korang tak nak belajar macam aku then that's alright. Aku tak cakap aku betul, tak cakap kau salah pun. Sebab korang memang genius. Tak perlu belek buku siang malam pagi buta dapat score kaw-kaw confirm. Well, kalau korang belajar untuk setakat dapat A then tak apa la. Tapi aku memang nak belajar. Memang nak tahu. Korang pun mesti ada rasa macam apa yang korang belajar sekarang ni bullshit kan. Korang belajar law, habistu dulu yang perah otak hafal Probability Distribution gila apa kan? Korang Band 5 MUET, ambil BEL lagi time degree. What the carrot eh? Tak boleh ke sebelum diorang wajibkan korang ambil course tu, diorang buat terus exam. Check siapa yang memang still kureng English ni. Then tak perlu la nak habiskan masa pergi ke kelas yang memang korang taknak pergi. Macam mengajar tukang masak memasak. Buang masa.



" Kau skema sial. "

Oh yes. Memang aku skema. Skema sebab nak result best. Skema sebab nak dapat kerja best. Bini best. Siapa tak nak kan? Oh lupa. Aku ada tiga fasa. Kecik dulu skema gila. Then buas gila. Sekarang skema balik tapi skema berpatutan. Skema yang ikut timing. Dah ada homework kena la buat. Bila buat tu, kena la buat dengan excellent. Biarlah markah tak excellent mana sangat pun. At least kerja siap, puas hati. Puas hati sebab dapat buat benda yang korang tak pernah percaya korang boleh buat.

Korang dapat satu assignment yang susah gila khinzir, lecturer pula tak tolong, semua nak kena buat research sendiri. Ha ni sejak SOPA buat hal ni, mana nak cari wikipedia lagi kalau bukan library kan? Well, apa kata korang tanya je lecturer korang tu. Diorang bukan buat apa sangat pun time working hour 8-5(macam la aku tahu apa diorang buat). Korang sendiri pun tak tahu apa nak tanya? Lagi senang. Tanya la lecturer korang tu apa yang patut korang tanya. Apa yang patut korang tahu. Apa yang patut korang buat. Diorang jual mahal then kipas-kipas la sikit. Tak susah pun. Ego korang tu saja yang tinggi. Well, ego is just a biatch loser. So fuck her.

Yes you are, indeed

Actually ada banyak lagi tapi ni je yang aku ingat setakat ni. Nanti bila ingat,aku tulis dalam handphone, then aku buat entry sambungan. Dan sebenarnya bukan aku yang dengar pun. Orang cerita dekat aku. Takpun aku buat muka tak malu pasang telinga. Takpun aku memang betul-betul kena. Takpun aku sendiri yang cakap. You'll never know(haha).

Azam 2012? Aku tak pernah terfikir pasal azam dah sejak... lama dah. Bodoh kalau kita cuma pasang azam for something really big only once every year. Kenapa tak ambil buku nota kecil, tulis azam-azam yang korang terfikirkan setiap hari. Tak perlu a big super miraculous azam pun tak apa. Takat : "Harini aku nak start buka Ugly Mirror setiap hari kalau boleh" .. pun dah kira okay apa? Kbai.

Monday, January 23, 2012

Story : Love is Suffocating.



Jam dekat dinding dah nak dekat 11 malam. Memang dah lewat. Lewat untuk drive straight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi nak buat macam mana. Kerja kena buat. Duit kena cari. Tak ada term 5-D. "Duduk Diam-Diam Dapat Duit". That's just bullshit.

Faris taruk baju dia dalam backpack kecil laju-laju. Tak lah kecil mana. Muat dua tiga helai baju. Dengan briefcase yang dia simpan barang kerja. Lepas zip, Faris tekan handphone. Dia ambil satu hela. Perlahan dia lepas. Menongkat dekat tepi tingkap. Dia tengok ibu bandar Kota Bharu yang sudah maju. Lain. Banyak yang dah berubah. Anak muda pun lain. Daring. Dia tarik sebatang dari kotak rokok yang dah berkeronyok. Terus dia nyalakan. Gagang di talian sudah ada yang jawab.


" I dah nak balik ni. Apa-apa U call nombor ni. "

" ... "

" Pasal shipment barang nanti dah confirm I call U. Okay ? "

" Okay. Em Faris. I'm sorry. "

Ika balas.


Hari yang sama. 7.45 malam - Ika.

Ika baru siap solat Maghrib. Dia berjalan ke bilik Ibu. Pintu bilik dia tolak sedikit. Nak tengok Ibu tengah buat apa. Ibu pun masih dekat atas sejadah. Berdoa panjang. Ika bawa sikat sekali. Perlahan dia duduk dekat tepi Ibu. Ibu tak berpaling pun. Dia terus khusyuk berdoa. Khusyuk bersyukur dengan nikmat Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lepas siap berdoa, Ibu lipat sikit hujung sejadah. Dia nak lintangkan kaki. Lenguh. Ibu terus ambil sikat dari tangan Ika yang sibuk membelek buku-buku agama yang dah berhabuk. Dia belai rambut Ika. Kedutan tangan Ibu dapat Ika rasa pada embun kepalanya.

" Ika nak pergi jumpa Faris sekejap lagi. Nak pergi bayar. "

" Yelah. " Muka Ibu serious. Mata tajam dekat kepala sambil sikat. Macam nak bedah orang.

" Dekat Pengkalan Chepa kot. Boleh bagi si Faris tu try satay. Ibu tidur la dulu nanti. Tak payah tunggu orang. Orang bawak kunci sekali nanti. Ubat jangan lupa makan. Air yang Faris bagi tu pun ja... "

Ibu terus mencelah. Dia letak sikat.

" Ha dah dah. Kamu pergi. Ibu tau la bila nak makan ubat semua. Kamu tak payah nak mengajar aku. Faris tu nak kena drive lagi. Kesian dia nanti. Kirimkan salam Ibu dekat dia. "


7.30 malam - Faris.

Faris tak habis-habis tengok jam. Dia genggam tangan sikit. Dapat rasa peluh atas tapak tangan. Dia terus ke bilik air. Ambil wudu'. Ready nak solat Maghrib. Bilik air motel tu sangat simple. Teringat Faris rumah lama dia dekat Kota Kemuning dulu. Alhamdulillah sekarang dah tak lagi. Dia hidup selesa. Dia still hidup. Sebab tu, Alhamdulillah.

Lepas solat, dia tak buang masa. Dia takut nak buang masa. Pakai jeans hitam dengan kemeja petak-petak Monster. Sembur minyak wangi sikit. Sikat rambut sambil bersiul lagu Monoloque "Jika Aku Seorang Robot". Mata dia tiba-tiba liar. Mana tah dia taruk Marlboro tadi. Dia pergi dekat tilam. Angkat bantal satu-satu. Mati nak kena keluar lagi RM10. Dah la nanti nak keluar makan.

Tepi tingkap penjuru bilik tu ada kerusi. Tepi kerusi tu ada meja kecil. Dengan ashtray. Berasap lagi pun. Faris tersenyum kambing. Dia seluk tangan bawah bantal kerusi tu. Kotak rokok ada. Dah berkeronyok.


Bila Faris sampai dekat kereta. Jam dah nak dekat pukul 7.45. Dia terus pecut melalui Dusun Muda. Faris tahu shortcut. Tak payah nak tunggu lampu sana sini. Dia biasa jumpa client dekat Pengkalan Chepa dulu. Tepat 7.59 malam sampai Satay Malaysia. Kiri kanan dia tengok. Tak nampak batang hidung si dia pun.

" Duduk dululah. " bisik Faris sesorang.

Faris angkat tangan. Nak order terus. Tak nak buang masa.

" Teh ais satu. Satay ada? "

" Ado bey. "

" Ho. Ejah ayam sepuluh. Daging sepuluh. "

Faris naik risau. Maybe Ika bukan macam apa yang dia rasa. Maybe Ika dah ada yang punya.
Maybe Ika tak suka dia. Dan Ika tak nak datang jumpa dia. Maybe.

" Tak apalah. Kalau dia tak datang pun. At least aku dapat makan satay malam ni. "


8.15 malam - Faris.

Tak sempat nak tarik keluar rokok. Handphone Faris berbunyi. Butang 'open' Faris tekan. Ika dah sampai. Dalam kepulan asap satay yang dibakar. Faris nampak bayang seseorang.


8.10 malam - Ika.

Satay Malaysia tak jauh pun. Jalan nak ke airport. Tak jam pun. Tapi Ika janji pukul 8 tadi. Nanti nak kena buat U-turn lagi. Harap-harap la Faris belum sampai. Tak mau Ika layan Faris teruk last day dia dekat sini. Lagipun, Faris dah tolong Ibu. Tak payah nak habis berpuluh ribu buat operation.

Lepas parking, Ika jalan laju-laju. Sebelum parking tadi dia dah SMS Faris. Dia dah sampai. Entah. Faris tak reply pun.

Sebelah kiosk satay. Sebelah kepulan asap. Ika nampak Faris. Dia tersenyum sambil melihat ke handphone. Ika ikut senyum. Ika tarik kerusi. Duduk depan Faris. Tak sempat dia nak sapa Faris, peon datang mintak order. Dia jeling atas meja. Ada Teh ais. Tak ada makanan lagi.


" Teh O beng so deh adik. Satay ayam sepuluh. Daging sepuluh. "

" Roti? "

" Takpo lah. "

" Assalamualaikum. "

" Waalaikummussalam " Faris jawab.

Ika budget time. Dekat sini kalau order satay, dalam setengah jam baru sampai. Lagi-lagi hari ni hujung minggu. Full house. Dia tarik kerusi dekat sebelah dekat sikit. Letak handbag. Lusuh. Dah bertahun dia guna handbag tu.

" Sorry lambat. Jalan jam sikit tadi. Senang cari jalan? " Ika tipu sunat. Sedapkan hati.

" Tak apa. Biasa la tu time macam ni. "

Ika tarik purse dari dalam handbag. Faris perasan. Dia matikan rokok. Keluarkan buku nota kecil dari dalam bag hitam. Membelek laju. Cari nota. Berapa Ika kena bayar.

" Eh terlupa. Makan satay je okay tak? " tanya Ika.

" Okay je. "

Faris gelak kecil sesorang.