Sunday, November 20, 2011

Note : Birthday Wish. Thank You Guys.

Hello friends :)



Kali ni aku nak buat entry yang simple je (harap harap la). Banyak lagi kerja lain aku kena buat. Korang pun tahu betapa busy nya remaja zaman sekarang. Lepak minum kopi baca paper kejap dah ada member calling calling ajak parteyy. Okay tak , aku bukan camtu. Tapi aku busy la. Aku perlukan 8 jam aku.

Lepas aku bukak puasa dengan family , aku terus naik bukak laptop check Facebook. In case ada yang wish. Yes , birthday aku. Bukan aku gedik la , tapi kalau aku tak balas apa-apa cakap tak hargai pulak (haha). Tunggu punya tunggu , takde. Notification facebook aku memang kejam. Dia suka aku tengok dia lama-lama. Dia ingat dia lawa sangat ke ? Nak aku guna Tagged ke hah ? Nasib baik awek bertudung lagi ramai dekat Facebook.

Laju laju aku putus asa. Sebak pun ada. Melodi ber remedy dalam hati , " Mana member aku ? Takkan sorang pun tak ingat birthday aku ". So aku terus offline , pakai sweater , taruk seluar jean. Angkut wallet handphone semua , turun bawah ambil kunci motor. Pergi kedai kopi tengok match Man U vs Man City yang agak epik. Epik sebab Nani sumbat goal last minute. A piece of dried bull-shit.

Habis bola kitorang tak balik lagi. Sembang orang tua. Pasal apa korang tak perlu tahu. Sibuk la. Semua nak tahu. Illuminati , Freemason yang mengarut tu pun korang ambil tahu jugak. Aku tak faham betul. Those are bullshit. Jangan percaya la okay ? Nak baca takpe. Nak buat sembang boring la wey. Semua benda Yahudi. Altantuya tu Yahudi yang rancang. Bersih 2.0 pun Yahudi jugak. Habis tu apa yang milik Malaysia. Budu ?



Tepat 12.00 malam.

" Keting ! ". Handphone aku buat bunyi pelik.

" HB Adie =) "

Laju aku reply " Thanks Jue:) "

" wc c: " Dia buat emoticon yang aku tak faham. Katak ?

Senyum aku sorang-sorang. Tapi cover. Member ada ramai. Kantoi kang kena cop gila lak. Ada member aku yang ingat. Aku terharu gila la. Rasa cam nak order lagi segelas air sirap pun ada. Tekak tiba-tiba rasa kering. Sebab air liur semua berhimpun di gigi-gigi mata tunggu nak turun. Okay laa , aku over sikit. Tapi it's a great feeling la.

Nak dekat pukul 2.00 pagi kitorang start gerak slow-slow. Aku bawak motor sambil senyum.

Sampai rumah aku terus pergi peti ais. Cari air tebu yang aku beli petang tadi. Aku letak dalam mangkuk sekali dengan straw. Aku tak letak dalam gelas sebab aku malas. Sampai bilik dekat atas , lepas bukak air-cond lampu semua.

Aku duduk depan laptop. Slow-slow aku bukak. Online. Open new tab : Facebook. 30 new notifications.




Thanks guys. Thanks yang ingat full name aku. Aku tahu susah nak ingat nama aku. Nak sebut apatah lagi. Thanks sebab ingat aku.

4 comments:

  1. HIKHIKHIK ko dapat present ape jek die?

    ReplyDelete
  2. fatin : thnks

    ned : a lot of wishes ? haha tak dpt apa apa.

    diya : thnks

    ReplyDelete