So harini aku macam PMS sikit. Kejap-kejap nak emo lah ape lah, tak boleh nak salahkan hormon or apa. Maybe sedih kot Ramadhan dah nak sampai hujung. Entah tak tahu dapat tak jumpa lagi Ramadhan depan. Kan kan? Inshaallah ada rezeki boleh lagi beraya for another 30 days. Ada hadith sahih berkata, adalah lebih baik orang yang berjuang pada jalan Allah daripada orang yang berqiammullail di tepi hajaratul aswad. Orang yang pergi berjihad adalah lebih baik daripada orang yang berqiam adalah maksud hadith tu, so, kemampuan aku bukanlah sampai tahap boleh pergi angkat senapang ke apa, aku cuma boleh share sahaja cerita dengan harapan korang semua boleh share kepada kawan-kawan, family, adik beradik and all lah.
---
28 Ramadhan 1433H Khamis, Masjid Sharifah Fatimah, Jitra
Macam biasa lepas solat Mahgrib and stuff, bersiap untuk ke masjid lepas text yang tercinta "selamat bertarawikh". Tapi disebabkan hormon semacam, mata asyik nak meleleh je. Perut pun kemain sakit. Planning lepas solat Isyak nak terus balik. Rehat dekat rumah.
Habis solat Isyak, dah ready nak bangun untuk balik. Tetiba tak dijemput pun, setiausaha masjid tu pergi depan dan cakap yang harini ada seorang daripada err lupa nama group tu. Ha ada la seorang al fadhil ustaz ni nak share apa yang jadi dekat umat Islam currently as he was speaking.
He was given 20 minutes to talk, tapi disebabkan taknak ambil masa makmum lain lama sangat, he only talked for 15 minutes. *Setiausaha masjid berseloroh* hikhik comel.
cc : merhrom |
Intipati :
*all conversations are noted in drafted phone text. So, tak full. I'm just giving you the points*
Jarak antara kota Jitra dengan bandar Rakhine adalah 2318km. Point ustaz tu cakap macam tu adalah kerana, dia boleh drive dari sini terus ke sana. Which mean, kita pun boleh nak ke sana kalau kita nak. Kalau kita cintakan Islam sepertimana kita canangkan.
Arakan adalah nama tempat dimana orang Rohingya ni tinggal. Nama asalnya adalah daripada perkataan arab, Al Arkan. Betulkan aku kalau tersalah dengar. Namun nama tu dah ditukar oleh rejim Burma supaya identiti Islam terkubur. Dan dekat Arakan ni tinggallah satu etnik bernama Rohingya. Dan dekat situ ada dalam 800 000 umat Islam, umat Nabi Muhammad. Kalau nombor salah, betulkan.
Orang Rohingya disana sangat terseksa. Semasa ustaz ni sedang memberi bantuan, dia dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan orang dekat situ. Mereka ni semua dilayan seperti binatang. Since June haritu, dah dua bulan, lebih 20 000 orang Islam disitu dibunuh, dibuang ke dalam longkang, ke dalam sungai, dibakar. Mashaallah. Mayat yang bergelimpangan dimamah anjing kerana diorang buat tak tahu je. Seriously guys, ANJING. Islam dihina oleh satu agama, Buddha, yang sangat menekankan kepentingan keamanan. *geleng*
Dan minggu lepas, semasa kita semua tengah menunaikan solat fardhu Jumaat, which is 10 Ogos lepas, dia mendapat berita 32 orang telah mati kerana kelaparan, kebuluran ketiadaan makanan. Bahkan juga, dah 2 bulan mereka tak boleh nak solat Jumaat. Macam mana nak solat bila 200 masjid yang ada dekat sana dah dibakar. Antara madrasah tertua, 300 tahun pun dibakar. Dan pelajar dibunuh.
" Dulu ethnic cleansing. Sekarang genocide.. " kata Ustaz
Dalam masa dua bulan, 10 000 rumah dibakar dan semua ini disokong oleh tentera dan polis. Penghuni rumah ni semua dihalau ke suatu tempat yang asing bagi mereka. Jadi, tak ada bekalan makanan. Langsung. Ada orang Rahkine Buddha yang menjual beras kepada orang Islam Rohingya, tapi sebenarnya, dalam beras tu mereka dah letak racun end up satu family mati katak.
Salah satu contoh kekejaman yang jadi dekat sana adalah, digambarkan ustaz tu, 'tentera' berseluar pendek, disebelah tangan memegang buluh runcing, sebelah lagi parang panjang, masuk ke dalam rumah dan sembelih seluruh isi rumah. Tentera dan polis yang mengawal tak buat apa-apa kerana setuju dengan tindakan tu.
Myanmar membutakan mata media. Tidak benarkan pemberita untuk masuk dan membuat laporan. Pihak tentera declare kepada pemberita bahawa Arakan as " tidak selamat ". As in right now, lebih 200 000 orang Rohingya yang setelah cuba untuk lari pergi ke negara jiran tetapi tidak diterima berselerak di dalam hutan. Anak-anak kecil tiada pakaian, jadi bapak diorang cuma boleh cover dengan plastik sahaja. Dengan plastik buruk. Sedangkan kita semua pakai jeans. Betapa kita troll umat Muslim kita sendiri.
Wallahualam.
Ada banyak lagi cerita. Tapi yang aku sempat note down ni je. So harapan aku adalah, kalau kita semua tadah tangan minta Allah bantuan supaya kurangkan ujian yang berat tu ke atas diorang, tapi kita tak buat effort langsung, do you think Allah akan bantu kita ?
Sama-sama la kita muhasabah diri kita. Jangan pernah berani kita cakap, hanya sebab kita dah khatam Qur'an, kita dah buat solat tarawikh 20 rakaat, setiap malam berqiam, solat lima waktu cukup, kita dah boleh masuk ke syurga. Sesungguhnya hidup kita atas Bumi ni adalah satu ujian. Dan Allah boleh uji kita dengan apa cara sekalipun. Mungkin Dia uji kita tak boleh nak beli iPhone. Maybe Dia uji kita dengan sengsaranya saudara Islam kita dekat Burma, and what action did we take?
What action have YOU take?