Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Thursday, August 9, 2012

The Longest Conversation.

This is some weird ass entry. So go on and listen to some Devendra Banhart.

" The best things in life aren't things. "

The type of season where you don't exactly found the right way to say things.
The type of memory which you kept to yourselves but at the same time you told the others.
The type of feeling of which smile is the longest conversation.

The type of feeling of which smile is the longest conversation. Where a smile ends each other sentences. Where a smile is just enough. Where a smile is considered a painful truth, so that the future could be summon with a better tomorrow.


The kind of day you woke up. You wish, you pray to Allah, you say your grace to Him for giving you the right to breath. The right to breath, to still be alive, and repent. And of course, bundling merit for Yaumul Qiyamaah. And you don't mind of what you did yesterday, because we are living in a dream. A very small, cramped, filthy, and prompt dunia. Where our Prophet has spoken of which ;

" Jarak Dunia dengan Akhirat adalah seperti memejam mata "

So why bother lying to ourselves ?


Told ya, ini adalah entry yang pelik. Tapi sebenarnya tak ada benda yang pelik atas muka bumi ni, yang pelik tu sebab korang tak biasa dengan benda tu. Well, contohnya, semalam masa tarawikh, i ask myself,

" Macam mana lah agaknya baju melayu lengan pendek? "

Imagine kejap. Baju Melayu yang korang selalu tengok orang pakai tu, tapi lengan pendek. Nampak siku bagai. Then pakai sampin. Pakai buat pegi semayang raya. Normal ke? Pelik kan? Jubah lengan pendek kita biasa tengok. Tapi kalau 10 tahun lepas, dah ada orang yang reka baju melayu lengan pendek and menjadikan ianya awesome dengan guna model yang handsome or whatnot, then sekarang ni mesti dah ramai orang yang pakai baju melayu lengan pendek pergi ke masjid. Kan?



" Aku nak bernikah. Aku nak hubungan yang halal "

Yes. Yang ni lagi pelik. Terlalu pelik. Aku yang jenis nak tunggu 40 baru kahwin, tiba-tiba dapat revelation nak nikah awal. Tapi don't worry, Allah dah buat plan dia terbaik yang terbaik. Tak ada yang lagi hebat dari Dia. Bila korang dah jadi arkitek, jangan bongkak cakap, "ni lah design yang paling power aku boleh buat! Haha!"   sebab kalau tanpa belas kasihan Allah, seriously, tanpa sifat Ar Rahman Ar Rahim yang ada pada keEsaan Allah tu, tangan korang yang korang guna buat korek hidung, mencuri, tampar orang, lukis design tu, tak mungkin dapat bergerak. Sesungguhnya i am serious, kalau Allah tak nak bagi kita guna tangan sejak azali kan ; semua orang akan ada tangan. Tapi lembik. Tak bergerak. And tak ada siapa pun boleh tercapai akal nak fikir: apa fungsi organ sebelah kiri kanan aku ni? Siap ada lima bentuk yang timbul? Dan pada setiap satu lima tu ada sekarang cengkerang yang orang panggil kuku. Apa ni? APA NI? APA NI?? 

So, jangan riak, jangan takbur, jangan bongkak. Bukan lisan sahaja. Hati juga. Banyakkan muhasabah diri.

Allah dah banyak bagi hadiah dekat kita. Tak reti nak hargai? Tapi manusia tamak. Dah dapat, nak lagi. Allah kekadang kasi benda yang kita tak mintak pun. Tiba-tiba je dapat. Tapi kita lampi. Susah nak faham. Leka dengan dunia. Lupa dunia ni khayalan je.

So bila Allah bagi akal. Aku fikir. And aku fikir, aku nak bernikah. Dan sesungguhnya aku bersyukur. Aku bersyukur Allah dah bagi aku buah fikiran macam tu. So. Sama-sama lah kita berusaha untuk jadi lebih baik dari semalam. Bagi orang yang menganggap hari ini adalah lebih teruk daripada kelmarin, maka celaka lah dia tu. Allah bagi korang hidup lagi pun adalah satu rahmat yang sangat besar. So jangan la post dekat facebook/twitter status like ,

" Monday sucks " 
" Harini aku problem banyak gila shial "
" Bila lah esok nak sampai. Letih dah harini ". 

Bongkak. Bongkak gila.

Tapi. Apa kena mengena intro, dengan isi, dengan apa yang aku tulis ni? Ha pandai-pandai lah relatekan. Ambil jernih bla bla bla. Malas nak cakap. Korang dah tahu. Tapi still tak reti bahasa jugak. Buat jugak. Okay, actually aku tulis semua ni nak bagi panjang entry je. Aku nak update Bread & Butter tapi hilang mojo so aku mengarut dekat sini. The only thing aku nak cakap :

The type of feeling of which smile is the longest conversation. Where a smile ends each other sentences. Where a smile is just enough.




" You can't sleep ? "

" Me either "

" Let's can't sleep together "

True story.

Monday, July 23, 2012

My Perfect 8 plus 1




Click here if you have concern about your religion.

Assalamualaikum and Selamat Menyambut Ramadhan

Tak cukup dengan takut sebarnya ajaran Islam Syiah, Jesus is also coming into town. Be very careful people. Dengan siapa korang bergaul. Dengan siapa korang berkawan. Ingat pesan mak, " Jangan duk sembang sangat dengan orang tak kenal. " Right? Read Qur'an. Berkawan lah dengan orang yang mendekatkan diri korang dengan Islam. Selalu pergi jemaah dekat masjid. Buat member dengan tok imam. Pergi ceramah agama. Who knows? Dekat situ boleh jumpa jodoh kan. Eheh.

Hence the introduction. As the title goes. This is just a daily rant. A very simple one. A very heart-worth one. A short one. A long one. Who cares. One thing. Dah jawab salam atas tu? Kalau belum, jawablah.

A friend of mine ask me once, (edited)

" Kenapa taknak perempuan yang muslimah gitu ? "


I answer,

" Aku tak cari yang muslimah. Aku cari yang nak aku bimbing dia. "


Seriously. Tak ada orang sempurna. Walau-bagai-mana sekali pun, mesti ada jugak cacat cela tang memana. Kalau ada orang tu kata dia sempurna, well he must be Firaun. Sedangkan shaitan pun terkencing dengar Firaun mengaku Tuhan.

" Tak takut Allah ke brade? Gua pun takut. Kalo tak takde nak hasut korang ni. Perintah Beliau der. " kata shaitan dalam imaginasi aku.

So who are you to be Firaun?

So, i don't really mind if she doesn't really know much about agama and all. As long dia letak ego dia jauh-jauh and ready untuk belajar something yang baru. Well, aku pun bukan reti sangat pun. Alif ba ta pun tersekat-sekat lagi. Inshaallah ada rezeki, boleh improve lagi. So, kalau dia nak improve bersama-sama aku. Ain't that awesome?

halaal


Subhanallah. Subhanallah.

Well. Like i said. There's not much to say. Aku pun dah jadi tak reti nak menulis blog ni. Aku reti update status je lebih. Daripada korang baca menatang ni baik korang berzikir ke apa kan. Harini hari Isnin dalam kalendar laptop aku. Not sure tempat korang hari apa. Or tarikh apa.

Zikir Isnin : La hawla wala quwwata illa billah 'ali ul 'azeem (1000x)

Tak dapat buat seribu. 10 kali pun dah cukup. Tapi alang-alang dah buat sepuluh. Gandakan lah jadi 20. Eh macam sikit je. 50 lah. See? Tak susah pun. Tak perlu tengok berapa banyak steps kena ambil, just take the first step. Inshaallah.

Aku dah start mengarut. Tapi bagi korang yang still baca. The perfect 10 minus 1 reduce my ego to 9 which lead me to think, it's okay to be imperfect. It's okay to lead an imperfect life. Dan tak apa kalau ada bidadari yang tak sempurna selagi dia sempurnakan aku.

I wanna hear the sound my future wife made walking around in telekung. Comel.

Perfect 8 plus 1 leaves me another box to fill because eventually, Allah always be number one. Tak kira cinta mana sekali pun korang dengan orang tu, she or he could never be your 10. Allah is 10. Allah 'Azza wa Jalla. The extra one to complete my half of deen. The extra one for me to take all her father's responsibilities and on my shoulder. The extra one for me to be one to protect, service, love her. The extra one for me to help her to get into Jannah. The Garden. Inshaallah.

Aku tak kisah kalau dia cuma 8. Aku bersyukur kalau dia 9. Aku takut kalau dia 10.


Al-Musawwir

The Fashioner, The One who forms His creatures in different pictures.


cc:tumblr drcinta




If the person made u scare of Allah, love Allah, remind of death, all at the same time,
reminds you the reward of Jannah. Marry her.

Saturday, October 29, 2011

Love Quotes : Adventureland.



All lines are quoted from the movie " Adventureland " (2009). Starring Kirsten Stewart as Em and Jesse Eisenberg as James Brennan.


It was raining on the street of New York. And James had just arrived from Pittsburgh. He was soaking wet waiting for Em to come out from her apartment.

Crossing the road , Em saw James on the side of the street

" I don't think i could see you. *stutter* "

" What ? "

" The summer was.. rough. I did things that i really , really regret. "

" Yeah , me too. I'm sorry i told Lisa P. about you and O'Conner. She , you know , told the rest of the world. But i'm not gonna lie. I was really angry at you but. But, you didn't deserve that. "


" You know James , I am so sorry for fucking this up. You know , you were the only good thing that happen this summer. " She starts to walk away.

" Wait Em. I think i've maybe see you a little differently than you see yourselves. I guess i see the person who fucked up but i also see the person who save me from being knived over a giant ass Panda.. "

He start reminiscing about their summer together and continue

" My theory is that you can't just avoid everybody you screw up with. You should trust me , i'm a New Yorker. "


That's all he said. Korang nampak tak perkataan " Love " dalam dialog diorang ? Zero. Yes , love is just over-rated. Terlalu dinilai dengan perkataan dan dipaksa. That's where arsonist come in place. Love tak patut jadi begitu complicated sampai buta mata , kering poket , gadai rumah apa bagai. Love should just be plain. And what we do defines love itself.

Scene ni adalah lebih kurang 10 minit daripada ending movie ni. The other hour are just full of bullshit , stupid jokes , sex , false language and a vast contradiction of life. Ending dia ? Tak perlu cakap pun dah tahu. They hook-up dan live happily ever after in the Big Apple. Korang asyik cakap pasal tipikal cerita orang Melayu. Hollywood ? Oh lupa , they're perfect.

Movie ni buat aku fikir. Dan buat aku rasa macam nak share quote yang dah lama aku pegang. Dari sekolah dulu , sambung masuk universiti dan masih lagi aku guna sampai sekarang. Oh yeah , i wrote these words on a back of Shin Chan comic-book.


" Don't try to act like who you wanted to be but try to become the person you doesn't want to. So you'll know exactly what you don't have to do. " - Adie.

Thursday, September 22, 2011

My Take On Her.



Hello

First of all , ini bukan request tapi lebih kepada personal stories aku sendiri. So kalau korang tak mahu baca pun tak apa , boleh scroll tengok gambar je. Actually setiap introduction entry aku sebelum ni pun dah memang ada aku share cerita sedikit. Tapi tu semua baru 0.0025% percent je daripada the full part of it. Ada banyak detail yang aku skip supaya tak panjang sangat. Lagipun siapa nak tahu detail kejadah ni , lagi best kalau straight to the point je kan ? It's not the point that matters , it's the story in it.

Aku sibuk so sorry Izzati Omar kalau kau tak dapat nak gelak baca entry aku. Lagipun bukan best pun blog aku. Kau dah la minta entry yang susah. Eshhh. Aku sibuk dengan study , macam la orang lain tak sibuk kan. Setakat SPM tak payah nak londeh seluar tunjuk boxer la weh , mai masuk universiti baru aku bagi dude-punch. Yes , semua orang sibuk nak buat semua benda. Tapi duniawi ke akhirat-wi ? Study satu hal , nak usha awek sekelas lagi , movie baru kena tengok , lagu baru mesti kena update. Macam tak cukup je 24 jam kan ?

Aku seriously dah lari tajuk , aku tak mahu complain pasal schedule aku yang gila fuck tapi pasal dia. Siapa " dia " ni ? Em em atas sebab tertentu dan untuk menjaga hati sesetengah pihak aku tak boleh la nak bagitahu siapa. Sebab blog aku kan famous gila gaban , semua orang atas bumi ni baca. *bweekk* No , aku tak mahu bagitahu sebab kalau aku terus bagitahu mesti tak exciting kan ? Macam kita tengok movie tapi dah tahu ending. Membosankan. So , let's call her Rabbit.


Rabbit is a girl just like any other girls. Kalau dalam perhimpunan memang tak menonjol langsung ah. Lain la girls yang hot , comel , boleh pula freehair mesti first-come-first-serve. Lagipun girls yang macam tu lelaki cuma guna untuk buat stock je. Lalalaa.

Guys , korang pernah tak kenal girl yang lain dari yang lain. Macam special gila kaw-kaw sampai nak tengok dia pun misai kena calibrate dulu supaya macho tetap maintain. Haa macam tu la Rabbit. Member kau cakap biasa je , tak cun mana pun. Tapi mata kau nampak angel je setiap masa bila dengan dia. Kena penampar pun rasa macam cubit malu-malu je. Kena penyepak tumit tinggi dia lagi la best rasa. Luar saja je cakap , " Sakit la gila. " Tapi dalam hati , " Oh my god , sekali lagi ? ". Tapi korang tak tahu ke tampar/tumbuk/sepak/ manja semua tu adalah tak boleh. Dia macam MLM. Korang mula mula tu start dengan modal kecil je , sekali tengok je , like it's nothing. Tapi bila dah lama buat benda tu , modal korang yang keciput tu tiba tiba jadi gedabak macam Giant. Memang la mula dengan pukulan mesra dan manja dan berlapik kain so no hal pasal haram. Tapi nanti bila dah terbiasa , terpukul benda lain karang tak ke benda lain yang jadi ? Maksiat is like MLM , it starts small , but ends big.

Oh shit , apa aku mengarut ni. Mana Rabbit ? (Haha) Okay serious. Korang jumpa girl yang lain dari yang lain. Mari kita kecilkan lagi skop " lain dari yang lain " tu sebab lain orang lain taste kan. Dia ni suka bercakap. Tapi bukan la membebel tak tentu arah macam orang gila. Dia cuma bercakap benda yang penting je. Tapi dia pelik. Kadang kadang dia cakap seorang diri. Kadang kadang dia mengarut. Tapi lepas tu dia buat muka frust sebab dah ter-mengarut. Tapi overall apa yang dia bebelkan menarik hati korang.

Walaupun dia pot-pet banyak sampai korang pun tak faham , tapi korang still rasa selesa gila bila hang-out bersama. Tak ada langsung rasa rimas ataupun nak ignore dia dengan ambil phone dan pura pura sibuk padahal SMS tak masuk pun. Korang rasa macam telinga korang adalah tempat yang specially-made for her tu mumble through. Aku bet korang mesti rasa macam dia tak perasan langsung yang korang sebenarnya tak mahu tahu pun all that shit dan korang rasa yang dia tak appreciate pun korang sanggup spend time dengar bebelan dia. Here's my take on that ; LOL. Don't be stupid. Mesti la dia perasan. Tapi korang pun tahu kan macam mana girls ni , diorang assume korang dah tahu dan akan buat move sendiri. Oh bullshit. Kenapa dunia mesti berpusing macam tu ? Kenapa ada undang undang yang piggy gila tu. Again , bullshit.


Girl dengan ego yang tinggi dan mampu untuk reverse-osmosis process yang biasanya lelaki buli girls tapi kali ni dia pula yang buli lelaki adalah interesting. Sebab biasanya memang obvious gila kalau lelaki tu sukakan a girl. Tutup mata pun boleh nampak. So girl yang ada kelebihan untuk mengetahui ciri ciri lelaki yang sedang gilakan dia mesti akan terus ambil kesempatan. Girl yang ada kelebihan ni maksud aku yang baca Ugly Mirror lah. Ehem. Masuk bakul kejap. Girl sukakan lelaki ? Lain kali aku cerita.

Conclude kejap apa yang dah aku cakap pasal Rabbit. Dia seorang yang pendiam tapi suka bercakap. Dia pemalu tapi berani untuk take care of her own shit. Cute. And cute.

Ada girl pernah cakap dekat aku yang dia senang gila jatuh hati dekat orang. Aku tak percaya. Sebab suka , minat , jatuh hati , nikah , kahwin semua tu lain. Tak sama. Korang boleh nak minat sesiapa pun dalam dunia ni tapi korang cuma akan suka half of them. Korang akan jatuh hati pada beberapa orang dalam half tu tapi korang cuma akan ada idea untuk bernikah dengan a quarter of it. Out of that quarter , cuma akan ada seorang je yang korang betul betul mahu dirikan rumah tangga bersama. So memang tak salah kalau orang tanya , " Kau minat dia eh ? " Padahal jumpa baru lima minit. Tapi dia tu kacak/hot gila so korang nak tunjuk iman tinggi cover cakap , " Kenal pun tak , minat apa nya ". Tapi dalam hati sebenarnya rasa berbunga gila dapat lepak dengan orang camtu. So tak salah untuk cakap , " Yup , sebab dia hot ".



My take on Rabbit ? She suddenly felt like the one for me. But , before this pun dah ada yang aku rasa the one. So is this the one : part two ? What the fuck , right ? Jadi aku rasa aku nak biarkan je and see how thing goes. Words don't tell everything , time does.

Monday, August 22, 2011

Req : Hubungan Jarak Jauh.



Hello lovers

Lovers or singles. Doesn't matter. Sebab aku still nak cakap Hello. Tak kira korang dah berpunya ataupun tidak , selagi boyfriend korang tu belum masuk meminang dan menikah. Korang bukan milik sesiapa. Not anyone's property. Tidak terikat dengan apa apa tali hubungan sekalipun. Couple cumalah sparepart/booking/bahan untuk hilangkan bosan , dapatkan pengalaman , dan jaminan masa depan.

Over the years , aku selalu sangat jumpa orang yang sangat skeptical bila masuk bab couple. Terlalu ketat peraturan yang diorang gembar gembur sana sini. No need for the aggravation people. Couple means nothing. Hollywood dah tanam satu idea dalam kepala korang yang couple and love is like the best thing in the whole universe. Which it is. Tapi , berbaloi ke korban macam macam , all in the name of LOVE ? Dan bila aku cakap skeptical , aku bukan cakap kosong. Ada girl yang dapat text daripada seorang lelaki. Well , first text mestilah bagi salam dan tanya khabar kan? Baru nampak sopan sikit. Lelaki tu text dia pun sebab nak tanya hal study , bukan nak molest dia ke apa. Tapi , dia terus bagi skrip daripada Al Quran , minta cepat bertaubat , mengucap la apa , cakap yang lelaki tu cuba melakukan maksiat. Oh my God you are the most beriman human in the world. Confirm kau pergi syurga.


Shit , panjang pulak aku mengarut. Tak apa , dah lama aku tak buat entry request. Excited. Sebenarnya , girl yang request entry ni minta aku tulis dengan sedih. Well , aku dah pasang lagu Radiohead sekarang , tisu pun dah ready dekat tepi. Okay , bukan tisu , baju semalam tak basuh pun jadi la. Mohabbatein je aku belum tengok untuk ambil feeling so sorry , no sad entry for you.


Chemistry

Korang semua pernah cuba long-distance relationship ? Belum ? Cuba la. It is so awesome , that you puke every night. Wait , what ? Tak tahu apa kejadah itu long-distance relationship. Okay , tak perlu google untuk tahu apa makna term ni. Sebab kalau korang convert terus kepada bahasa Melayu pun dah boleh faham. Kalau sekarang ni korang memang dalam hubungan , tapi dalam satu negeri. Seorang dekat Damansara Perdana , lagi seorang dekat Cheras then no. Itu bukan long-distance. Naik motorsikal pun boleh sampai. Tak rindu langsung. Hujung minggu dah boleh keluar dating One Utama.

So what the fuck is it exactly ? I'm sorry , no heads up for the F-bomb. Aku sebenarnya tak suka jawab soalan guna buku teks. Sebab ianya adalah bosan , skema dan bosan. So aku akan cerita. Dulu aku ada kenal seorang girl ni , let's call her Turtle. Turtle adalah orang yang paling insecure dan pemalu pernah aku jumpa. I think you know the type. The type yang kalau nak tegur lelaki tu , dah rangka peta soal jawab 3 jam sebelum jumpa. Kalau jumpa tiba tiba , memang keras macam batu la. Tapi Turtle comel gila , seriously guys, super-SNSD cute. Sebab tu aku ada suka dekat Turtle sikit. Sikit je. Tapi aku tak pernah bagitahu. Sebab Turtle suka lelaki lain. Let's call him Asshole which aku kenal dan aku tahu tak suka dekat Turtle. Well , playboy. Tapi kalau dah suka tu playboy ke tak lain kira , yang penting i like you you like me. Oh man , what a piece of crap.

Hampir setiap malam kitorang chatting , Turtle akan cerita dekat aku pasal Asshole tu. Aku tak sampai hati nak bagitahu the truth. Tapi slow slow aku cerita. Bila Turtle dah faham , aku bersyukur gila Turtle tak macam most of the girls yang terus kondem semua lelaki atas dunia ni , tapi Turtle terus lagi mencari. Sampai la Turtle jumpa dengan lelaki yang dia still lagi bersama sekarang , let's call him Second Asshole (Haha). No , call him Panda. Dan kalau tak silap aku , Panda tu study dekat Mesir or somewhere around there la. Dan Turtle pula dekat Malaysia. Dan diorang still lagi bersama. What make those two stick together like a fucking glue ? Dua dua insecure dan pemalu. True story.


Note this , chemistry sangat penting guys. Tak kira short ataupun long distance , kalau topik perbualan korang dah di-holocaust-kan dengan topik yang tipikal dan boring , do you think he'll survive that ? Aku tak risau pasal girls , sebab selagi girl tu sayangkan dia , bosan macam Saiful Apek pun still nak lagi. Lelaki bila bosan korang tahu apa jadi ? Dia cari yang lain. So macam mana nak bagi relationship korang exciting dan sentiasa aggravating ? Tak payah beli buku Kamasutra , tambah dosa lagi ada la. Korang cuma perlu buat satu benda je. Cari yang lain. Cari yang sesuai dengan korang. Sebab kalau korang couple untuk jadikan dia sebagai teman hidup , then dia tu la yang korang akan tengok setiap hari , sembang , buat ehem malam Jumaat , buat anak setiap 9 bulan dan dengan dialah korang akan habiskan sisa sisa hidup korang. Aku rasa Turtle dengan Panda tu sangat sesuai sebab dua dua ada sifat yang sama. So , walaupun Turtle tak tahu nak cakap apa apa , Panda pun tak tahu. Oh , romantik.


Commitment

Aku pernah tengok movie yang cerita pasal couple yang terpaksa undergo relationship a thousand miles away. I'm talking about Britain and America. So , kalau korang setakat KL dan Alor Setar tu small matter. Taknak dengar lah. And guess what , ending cerita tu tunjuk yang lelaki tu give up dan sanggup tinggalkan gadis tu sebab tak tahan dengan pressure. Sex. Seminggu tak dapat handjob macam setahun tak makan. Just kidding. Lelaki tu tak sanggup buat long-distance relationship sebab apa ? Commitment of course.

Komitmen dalam hubungan macam peanut butter dan strawberry diapit roti. Perlu sebati dan sama sedap. Kalau terlebih PB , nanti terlekat dekat gigi. Terlebih strawberry , manis sangat pula. What kind of fucking analogy is this dude ? Okay sorry , aku lapar. Tapi , memang betul komitmen itu penting. Korang boleh cakap I Love You sejuta kali , tapi kalau komitmen tu tak ada , then it will just be words. Bila korang dah berada dalam situasi hubungan jarak jauh , then jangan tiba tiba tengah jalan nak potong stim buat hal tak jadi pula. Because rejection sucks. Rejector takkan boleh imagine perasaan Rejected. Okay , aku dah ada dekat KL. Kau dekat kampung. Sini lagi ramai girls hot so let me push this button and remove you from my life.


Trust

" You dekat sana kerja sibuk siang malam. Bila masa you nak spend untuk I ? "

" 3 hari lepas kan I dah call. Siap phone sex lagi. "

" You mesti dah tak sayang I lagi dah. You ada perempuan lain ya ? "

" You ni memang gila la. What a bitch. You know what , that's it. "

Dua dua hang-up.

Girls , hanya kerana lelaki tu sembang dengan perempuan lain tak bermakna dia dah jatuh hati nak kahwin lari dengan dia. No , maybe dia cuma nak minta nombor buat sparepart in case korang membosankan. That's all. Nothing personal. Lelaki pula , jangan terlalu jealous. Ever heard of the phrase " Dunia dah berubah " ? Sebab memang dunia dah berubah. Tak main dah couple jumpa tepi tasik cakap bunga bunga puji itu ini. Semua ada dalam bilik sekarang ni. No , bukan maksiat. Bukan kena tangkap basah. Tapi , internet. Yeah , everything is accessible include love. Tak perlu nak pergi jauh jauh , skype je terus. Ever wonder ? Pasangan korang tu adalah seorang yang sangat sosial. Member lelaki/perempuan yang dia rapat sangat ramai dan selalu keep-in-touch. Then , confirm ke tak ada apa apa yang berlaku nanti ? Mana la tahu dia senyap senyap tengah chatting dengan girl/lelaki lain ke , nak try cucuk line. Ever wonder that ?

Well , all you need is to trust your mate. Kalau tahap kepercayaan dah cukup tinggi then tak ada apa yang perlu korang risau. Tapi kalau setiap kali bercakap , mesti ada je line yang cover tipu sunat. Korang cuma live in a lie.

" Lying is like tooth decay. A particle of food become embedded behind the tooth. Working it's way behind the enamel , rotting it from the inside out until there's nothing left to do but pull it " - Steve Martin , Novocaine.


" Aku sayang gila boyfriend aku , tapi dia bakal sambung belajar dekat luar negara. Aku tak pasti yang aku boleh handle atau pun tidak. Aku pun takut dia jumpa dan jatuh hati dengan orang lain nanti "

Memang semua orang takut dengan kegagalan. Tapi , what doesn't kill you will only make you stronger kan ? So I would say go for it. Tak perlu takut untuk cuba. Tak perlu risau kalau dia main kayu tiga ke apa. At least korang dapat pengalaman. Kalau korang tahu betapa pentingnya pengalaman tu , semua benda korang nak cuba. Tapi kita dibataskan dengan agama. Which is a good thing. Kalau memang lelaki tu betul betul mahukan korang untuk bersama dengan dia , dia takkan berani untuk cuba curang. Tapi tak ada orang boleh lari daripada kesilapan. Sebab that what make us all human. Try and error people. Try and error. Tapi kalau betullah yang dia jumpa orang lain , dan dia jatuh hati apa salahnya ? Sekurang kurangnya korang dah dapat seorang madu kan. Kira win-win situation la (Haha).


Aku spend 4 jam untuk tulis entry ni. 1 jam aku cari lagu. Feeling itu penting. Long distance relationship boleh jadi the best or the worst thing you ever experienced , tapi selagi kita tak cuba mana mungkin kita tahu. Lelaki aku tak risau sangat tapi girls , I really do hope you will find your Panda.