Wednesday, January 9, 2013

Pak Cik Ki



This is just my daily rant sebab dah lame tak post ape ape. Ilham dapat lepas dengar lagu Avenged, Girl I Know. Masa aku kecik kecik dulu, masa dekat Kemaman, tadika dedulu, aku hehari pegi dengan beca. Pak cik yang rempit time tu nama dia Pak Cik Ki. Aku tak sure ayah bayar berapa hehari dia hantar. Tujuh ringgit kot. Tahun tu kalau dapat 7rgt dah kira kaya. Aku dulu pergi sekolah bawak lima posen je. 20 sen beli air oren masa rehat dekat kantin dengan member aku, Amirul Dzaman. Kitorang ni power gila ah dulu, macam Crow Zero nau. Lagi 30sen aku buat beli kuih ape bende nama tah tapi sedap. Mak bagi bekal. Kekadang roti, kalo betuah dapat nasik goreng. Boleh menunjuk depan classmate sebab makan sedap. Padahal aku taktau diorang bawak duit poket lagi banyak. Siap boleh pegi beli air kotak kat mesin lagi. Makan nasik lemak.

Disebabkan aku tak pernah beli benda mahal, mahupun nasik dekat kantin, bila aku pindah Kelantan, lima posen aku tu aku save tak guna langsung sebab nak makan nasik macam orang lain. Dan sebab semua orang gelak tengok aku bawak bekal. I was like, " so what? Mak aku terer memasak kot, kalo tak takkan ayah balik setiap malam makan sampai boroi? "

Sambung cerita dekat Kelantan, first time aku beratur nak beli nasik. Nasik lauk ayam ke ape tah. Serious aku tak tahu nak buat apa. Aku beratur, tengok orang lain. Diorang bayar je, tak tanya pun berapa.

" Semue ni mesti anok lord belake ni " kata isi hati aku yang masa tu masih lagi pekat dengan bahasa Terengganu. Bahasa Kelantan dok power mane lagi.

Sampai kat makcik tu,

" Mokcik. Nok nasik se "

" Lauk gapo "

" er.. Ayang bulih "

" Duo ya "

Fuh fuh fuh nasib baik aku terer lagi hebat. Nasib baik makcik tu tak guna bahasa pekat pelik pelik yang tah pape. Nasib baik 2 ringgit je.

Sambung cerita dekat Kemaman dulu. Team mate aku naik beca sekali nama die Farid. Farid ni anak datok kalau aku tak silap. Rambut sinsing tepi. Seluar pendek warna merah. Bag pack sarung sampai nak duduk atas seat beca tu pun bo-bo ( Kelantan meaning almost) muat je. Aku dengan Farid ni memang nerd. Jap nama dia Farid ke hah ? Weh Farid, mung bace ke belog aku. Name mu Farid ke hah? Dok ingat doh aku. Lame parok.

Tahun aku pakai short merah ni masa pergi tadika, sekolah rendah pakai seluar panjang biru macam orang lain jugak. Tahun tu aku tak tahu ape kejadah lagi pasal aurat ni. So kira exception lah. Sekarang ni tak boleh buat dah. Dulu memain dengan pempuan pun tak reti lagi. Ape tah lagi nak mengorat. Aku tak kenal sangat pempuan ni. Diorang bising, busuk, suka membebel. Tu pemahaman aku masa kecik. Sekarang dah besar pun, emm, diorang still cenggitu lagi, just more wangi je.

Sambung pasal Pak Cik Ki. Dia ni seorang pakcik yang sangat cool. (sebab aku tak kenal ramai sangat orang time tu, aku anggap dia ni macam veteran perang ala ala Rambo gitu). Muka dia garang. Beca dia bau wangi dengan bemacam macam decoration ada. Ada gaya boleh jadi designer ni. Make up kereta kat workshop ke. Ada jugak bau rokok daun gulung stail kampung habis. Kekadang boleh nampak dia pakai spek warna hitam. Serious nak tegur aku tak berani. Usha dari jauh je. Jadi macam silent stalker.

So tu je lah cerita pasal Pak Cik Ki. Thanks baca. Harap korang appreciate lah aku rajin update tetiba ni. Bai.

Nukilan,
Adie, 1 Naqib, 1999.

Saya dan kakak

Sunday, September 30, 2012

Surat Buat Penyelaras.

Aslamu 'alaykum y'all.

Since aku dah tak perlu repeat ko-kokurikulum lagi dah. So aku sekarang dah Part 2 Kembara. Yay. Lulus dengan jayanya. Total ada 3. Inshaallah mintak-mintak takde aral lagi dah. Ameen. Anyhow, turns out masuk ko-ko tak boleh simpan janggut. Kena licin. Selicin lantai toilet Sunway Pyramid. So, i was required to write a letter to penyelaras depa.

Nak mintak korang komen lah. Hagak-hagak lepas tak. Agak-agak dapat tak cop : " YE. AWAK BOLEH BEJANGGUT. NAK BERLEBAI DATANG KAWAD PUN TAKPE ". Boleh? Boleh? Boleh laa. Nabi Muhammad SAW kata kann, kita tak sayang diri kita sendiri selagi kita tak sayang orang lain. So, sayangi lah aku. Because aku sayang korang semua. Here it goes.


****


Bismillahirrohmanirrohim.

Assalamu’alaykum tuan/puan/encik/cik,

Permohonan Untuk Menyimpan Janggut

Berdasarkan kenyataan di atas, saya Adie, dari fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, program Degree in Landscape Architecture AP228, ingin menyimpan janggut kerana sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana takutkan Allah. Dan kerana mati itu lebih hampir dengan kita semua berbanding masa yang telah berlalu. Sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita semua adalah mati dan yang paling jauh adalah masa lepas.

Di padang mahsyar, akan ada satu barisan berbaris untuk meneguk air daripada telaga Al Kautsar, dan malaikat akan menghalau orang-orang beriman yang sedang berbaris. Dan baginda akan bertanya, “ Kenapa? Sedangkan mereka beriman. “ Dan malaikat akan menjawab, “ Mereka beriman tetapi meninggalkan sunnahmu “.

Saya tidak mahu dahaga selepas saya sudah mati. Biar di dunia ini penuh ujian. Cukup di dunia. Harapan saya supaya akhirat dipermudahkan. Wallahu’alam.

Harapan saya adalah supaya tuan/puan memberikan perlepasan supaya saya tidak perlu mencukur janggut. Kalau bukan kerana Nabi Muhammad, siapalah kita semua hari ini. Tanpa baginda, dan agama yang dibawa baginda, hidup saya, hidup tuan/puan cumalah satu pembaziran masa.

Saya akhiri dengan mohon maaf sekira ada terkias, sengaja atau tak sengaja, lisan atau rohaniah, telah mengguris perasaan tuan/puan. Ameen ya Rabb.

Sekian, jazakallah khayr.

****



Okay dah tu je. Tak reti aku nulis formal ni. Heck, formal itu bukan stail aku. Peraturan manusia. Aku tak pernah faham. Tak ada orang yang bagi aku pemahaman. Macam mana aku nak faham. And, sampai sekarang aku tak faham, kenapa orang besor boleh lalu highway dengan polis guide, bawak lelaju, tolak driver lain ke tepi jalan. No, tak paham. Aku pun nak gak gitu. Kau manusia. Aku pun manusia. Kau Melayu bontot sama hitam jugak. Kau makan sambal belacan gak. Kau minum sirap ais gak. 

Ye aku tahu post aku yang sekian lama ni mengarut. Tapi at least, it's something. Alhamdulillah. Okay lepas baca komen ye. Nak print terus kalau okay.

" Biar amalan kita sikit. Tapi berterusan. " - Zaujah.


Thursday, August 16, 2012

Hello Burma

Assalamualaikum muslimin & muslimats


So harini aku macam PMS sikit. Kejap-kejap nak emo lah ape lah, tak boleh nak salahkan hormon or apa. Maybe sedih kot Ramadhan dah nak sampai hujung. Entah tak tahu dapat tak jumpa lagi Ramadhan depan. Kan kan? Inshaallah ada rezeki boleh lagi beraya for another 30 days. Ada hadith sahih berkata, adalah lebih baik orang yang berjuang pada jalan Allah daripada orang yang berqiammullail di tepi hajaratul aswad. Orang yang pergi berjihad adalah lebih baik daripada orang yang berqiam adalah maksud hadith tu, so, kemampuan aku bukanlah sampai tahap boleh pergi angkat senapang ke apa, aku cuma boleh share sahaja cerita dengan harapan korang semua boleh share kepada kawan-kawan, family, adik beradik and all lah.

---

28 Ramadhan 1433H Khamis, Masjid Sharifah Fatimah, Jitra

Macam biasa lepas solat Mahgrib and stuff, bersiap untuk ke masjid lepas text yang tercinta "selamat bertarawikh". Tapi disebabkan hormon semacam, mata asyik nak meleleh je. Perut pun kemain sakit. Planning lepas solat Isyak nak terus balik. Rehat dekat rumah.

Habis solat Isyak, dah ready nak bangun untuk balik. Tetiba tak dijemput pun, setiausaha masjid tu pergi depan dan cakap yang harini ada seorang daripada err lupa nama group tu. Ha ada la seorang al fadhil ustaz ni nak share apa yang jadi dekat umat Islam currently as he was speaking.

He was given 20 minutes to talk, tapi disebabkan taknak ambil masa makmum lain lama sangat, he only talked for 15 minutes. *Setiausaha masjid berseloroh* hikhik comel. 

cc : merhrom

Intipati :

*all conversations are noted in drafted phone text. So, tak full. I'm just giving you the points*

Jarak antara kota Jitra dengan bandar Rakhine adalah 2318km. Point ustaz tu cakap macam tu adalah kerana, dia boleh drive dari sini terus ke sana. Which mean, kita pun boleh nak ke sana kalau kita nak. Kalau kita cintakan Islam sepertimana kita canangkan.

Arakan adalah nama tempat dimana orang Rohingya ni tinggal. Nama asalnya adalah daripada perkataan arab, Al Arkan. Betulkan aku kalau tersalah dengar. Namun nama tu dah ditukar oleh rejim Burma supaya identiti Islam terkubur. Dan dekat Arakan ni tinggallah satu etnik bernama Rohingya. Dan dekat situ ada dalam 800 000 umat Islam, umat Nabi Muhammad. Kalau nombor salah, betulkan.

Orang Rohingya disana sangat terseksa. Semasa ustaz ni sedang memberi bantuan, dia dapat lihat sendiri bagaimana kehidupan orang dekat situ. Mereka ni semua dilayan seperti binatang. Since June haritu, dah dua bulan, lebih 20 000 orang Islam disitu dibunuh, dibuang ke dalam longkang, ke dalam sungai, dibakar. Mashaallah. Mayat yang bergelimpangan dimamah anjing kerana diorang buat tak tahu je. Seriously guys, ANJING. Islam dihina oleh satu agama, Buddha, yang sangat menekankan kepentingan keamanan. *geleng*

Dan minggu lepas, semasa kita semua tengah menunaikan solat fardhu Jumaat, which is 10 Ogos lepas, dia mendapat berita 32 orang telah mati kerana kelaparan, kebuluran ketiadaan makanan. Bahkan juga, dah 2 bulan mereka tak boleh nak solat Jumaat. Macam mana nak solat bila 200 masjid yang ada dekat sana dah dibakar. Antara madrasah tertua, 300 tahun pun dibakar. Dan pelajar dibunuh.

" Dulu ethnic cleansing. Sekarang genocide.. " kata Ustaz


Dalam masa dua bulan, 10 000 rumah dibakar dan semua ini disokong oleh tentera dan polis. Penghuni rumah ni semua dihalau ke suatu tempat yang asing bagi mereka. Jadi, tak ada bekalan makanan. Langsung. Ada orang Rahkine Buddha yang menjual beras kepada orang Islam Rohingya, tapi sebenarnya, dalam beras tu mereka dah letak racun end up satu family mati katak.

Salah satu contoh kekejaman yang jadi dekat sana adalah, digambarkan ustaz tu, 'tentera' berseluar pendek, disebelah tangan memegang buluh runcing, sebelah lagi parang panjang, masuk ke dalam rumah dan sembelih seluruh isi rumah. Tentera dan polis yang mengawal tak buat apa-apa kerana setuju dengan tindakan tu.

Myanmar membutakan mata media. Tidak benarkan pemberita untuk masuk dan membuat laporan. Pihak tentera declare kepada pemberita bahawa Arakan as " tidak selamat ". As in right now, lebih 200 000 orang Rohingya yang setelah cuba untuk lari pergi ke negara jiran tetapi tidak diterima berselerak di dalam hutan. Anak-anak kecil tiada pakaian, jadi bapak diorang cuma boleh cover dengan plastik sahaja. Dengan plastik buruk. Sedangkan kita semua pakai jeans. Betapa kita troll umat Muslim kita sendiri.

Wallahualam.

Ada banyak lagi cerita. Tapi yang aku sempat note down ni je. So harapan aku adalah, kalau kita semua tadah tangan minta Allah bantuan supaya kurangkan ujian yang berat tu ke atas diorang, tapi kita tak buat effort langsung, do you think Allah akan bantu kita ?


Sama-sama la kita muhasabah diri kita. Jangan pernah berani kita cakap, hanya sebab kita dah khatam Qur'an, kita dah buat solat tarawikh 20 rakaat, setiap malam berqiam, solat lima waktu cukup, kita dah boleh masuk ke syurga. Sesungguhnya hidup kita atas Bumi ni adalah satu ujian. Dan Allah boleh uji kita dengan apa cara sekalipun. Mungkin Dia uji kita tak boleh nak beli iPhone. Maybe Dia uji kita dengan sengsaranya saudara Islam kita dekat Burma, and what action did we take?

What action have YOU take?

Feeling is A Puzzle Game.

Ain't some random bullshit. Taknak baca takpe. Boleh terus tutup tab.



Okay korang sah dah gila. Tapi tak ape, hujung zaman, ramai orang berilmu (alim) adalah dikatakan gila. So, bersyukur lah. Alhamdulillahh.

Perasaan.
Bila sedih, kita menangis. Tapi ada orang yang tak boleh menangis. Dan orang kata dia hati batu. Padahal dia memang dari kecil diajar untuk berdisiplin tinggi. Tak mudah kecut. Tak mudah terasa hati. Tak mudah jatuh. Sebab tu dia susah nak menangis. Bapak dia nampak je tengah menangis, terus bagi penampar. True story. So, menangis ini agak subjektif. Lain orang, lain sebab.

Perasaan. 
Some people got too excited with stuff. So bila dia rasa something yang buatkan dia rasa best/down/up/ kiri or kanan or apa apa perasaan sekali pun, dia akan bagitau orang. Akan canang cerita dekat semua orang. Mungkin bukan direct. Maybe guna metaphore. Maybe guna kebodohan dia. Maybe guna kepandaian dia. Entah lah, i don't judge. Tapi, by hook or by crook, dia akan cerita dekat orang. 


Perasaan.
Bila tengah marah, hidung kembang kuncut macam babi. Eh sorry kasar, macam khinzir. Bukan saja dekat luar sana, dekat what app, blog, twitter, bbm, kaki, tangan, bontot. Semua tempat dia lepas. Dia lupa ke yang sekuat-kuat manusia, kuat lagi Allah? So buat apa tunjuk hebat kita padahal Allah boleh balas balik apa yang orang dah buat pada kita dengan lagi power and rangers and stuff.

Sesetengah orang. Perasaan diorang akan mendatar. Seperti graf yang tak ada canak naik turun. Sebab dia dah rasa macam macam pengalaman. So bila ada orang kencing dalam kelas, dia tak ketawa. Dia rilek. Bila ada orang peluk Justin Bibir, dia rilek, biarlah, belum dapat hidayat. Hati dia bukan batu. Cuma dia tak rasa yang diri dia ni terlalu tinggi, tak jugak terlalu rendah untuk canangkan perasaan dia pada orang lain. Sedangkan ilmu di dada cuma lah setitik kentut cacing, tak layak. Sangat tak layak. How ever, repitisi, hanya sesetengah orang.


See? Just ain't some random bullshit. Tapi di dalam bullshit, ada kebenaran.